awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HFMD: Kes menurun tapi kekalkan langkah pencegahan - Dr Noor Hisham

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
14/06/2022
02:21 MYT
HFMD: Kes menurun tapi kekalkan langkah pencegahan - Dr Noor Hisham
Kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) bagi minggu epidemiologi (ME) ke-23 bagi tahun 2022 adalah 13,080. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) bagi minggu epidemiologi (ME) ke-23 bagi tahun 2022 adalah 13,080.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka itu menunjukkan penurunan sebanyak 22.9 peratus berbanding ME ke-22, 2022 iaitu 16,954 kes.
Katanya, trend kes mingguan HFMD menunjukkan penurunan sejak ME ke-22 selepas bilangan kes mencapai kemuncak tertinggi pada ME ke-21, tahun ini.
"Bagi tahun 2022, sehingga hari terakhir minggu epidemiologi ME ke-23 pada 11 Jun, sejumlah 95,924 kes telah dilaporkan, iaitu peningkatan sebanyak 36 kali ganda bagi tempoh yang sama pada tahun 2021 (semasa pandemik COVID-19) iaitu 2,654 kes.
"Jika dibandingkan dengan kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2019 (sebelum pandemik COVID-19) iaitu sebanyak 30,880 kes, ia menunjukkan peningkatan sebanyak 3.1 kali ganda," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham menyatakan sehingga 11 Jun, Selangor menyumbang jumlah kes tertinggi berbanding negeri-negeri lain iaitu 26,799 kes (27.9%).
Jelasnya, ini diikuti Kuala Lumpur dan Putrajaya 10,739 kes (11.2%), Perak 9,744 kes (10.2%), Johor 6,326 kes (6.6%) dan Kelantan 6,153 kes (6.4%); sementara negeri-negeri lain pelaporan kes HFMD sekitar atau kurang daripada 5,500 kes.
"Kes HFMD banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah iaitu sebanyak 86,230 kes (90%), diikuti kumpulan umur 7 hingga 12 tahun seramai 7,878 kes (8%). Manakala selebihnya berumur lebih 12 tahun iaitu seramai 1,816 kes (2%).
"Terdapat tiga kes HFMD yang dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) iaitu kes pertama dan kes kedua dimasukkan ke ICU kerana mengalami komplikasi radang otak dan masih di bawah pemantauan rapi di ICU manakala kes ketiga telah pun sihat dan dibenarkan pulang ke rumah," ujarnya.
Tambah Dr Noor Hisham, sehingga kini, sebanyak 1,882 wabak dilaporkan di Malaysia di mana tiga negeri mencatatkan kejadian wabak tertinggi iaitu Kuala Lumpur dan Putrajaya 602 wabak (32.0%), diikuti Sarawak 265 wabak (14.1%) dan Selangor 233 wabak (12.4%).
Majoriti lokasi penularan wabak berlaku di taska, tabika, tadika dan prasekolah iaitu 1,102 wabak (59%) diikuti oleh rumah persendirian 696 wabak (37%) dan pusat jagaan kanak-kanak sebanyak 55 wabak (3%).
"Walaupun terdapat trend penurunan kes HFMD selama dua minggu berturut-turut, orang awam perlu mengamalkan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan diri dan ahli keluarga daripada dijangkiti HFMD," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#HFMD
#penyakit tangan kaki dan mulut
#Minggu Epidemiologi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan