KUALA LUMPUR : Usaha untuk memartabatkan sejarah Melayu harus terus diperjuangkan bagi memastikan nilai sejarahnya tidak akan terhakis dan memastikan generasi muda tidak ketinggalam dalam mencintai legasi masyarakat itu. 

Dalam memastikan misi itu menjadi realiti, pentas ‘Hikayat Fandom’ diperkenalkan sebagai platform untuk mengembalikan nostalgia sejarah rakyat Melayu.

Ruang likup 'Hikayat Fandom' turut merangkumi seni, buku serta persembahan budaya yang mengangkat kegemilangan serta nilai estetika masyarakat Melayu.

Majlis pelancaran yang diadakan hari ini di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC) menyaksikan empat novel sulong karya pemenang anugerah Ninot Aziz. 

Antara karya Ninot yang bakal diketengahkan dalam 'Hikayat Fandom' termasuk Bentala Naga Kisah Dari Makyung, Lagenda Bidasari: Dari Kisah Agung Puteri Kembayat, Puteri Saadong: Srikandi Sekebun Bunga Cerang Tegayung dan Seri Gumum, Puteri Tasik Chini,”

Selain itu, ‘Hikayat Fandom’ bakal menyingkap susur galur perkembangan masyarakat Melayu yang menjangkau lebih 500 tahun.

Ia turut diadakan bagi memperkukuhkan pemahaman generasi masa kini mengenai masyarkat purba melalui kompilasi konsep idea beraras tinggi dan kreativiti. 

Menyedari tentang sejarah Melayu yang semakin malap dalam kalangan orang muda, platform berkenaan bakal menjadi penghubung semula generasi kini dengan cerita rakyat dan warisan Melayu dengan menghidupkan semula hikayat melalui gaya moden dan kontemporari.

Dalam pada itu, inisiatif tersebut turut mementaskan demonstrasi hikayat, lagenda dan cerita yang mampu menjadi asas untuk menyatukan industri kreatif secara harmoni menerusi gabungan seni visual, seni persembahan, muzik dan kesusasteraan.

"Pameran Hikayat Fandom - Seni, Buku & Budaya' merupakan anjuran bzBee Consult. yang dianjurkan oleh bzBee Consult. 

Acara Hikayat Fandom Art, Books & Cultural Showcase ini julung kali ini disokong oleh ArtsFAS, Yayasan Hasanah.

Orang ramai yang iberminat untuk menyingkap kembali perjalanan dan perkembangan sejarah Melayu, boleh melawat MaTiC mulai 16 September sehingga 31 Oktober.