awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hilang 3 hari, penunggang motosikal berkuasa tinggi ditemui maut terbabas

Aida Aziz
Aida Aziz
10/01/2023
08:58 MYT
Hilang 3 hari, penunggang motosikal berkuasa tinggi ditemui maut terbabas
Mayat mangsa ditemukan jam 5.30 petang oleh rakan-rakannya yang membuat pencarian selepas kehilangannya disedari. - Gambar/ FB The Solo Rider (Malaysia)
GERIK : Seorang lelaki berusia 46 tahun yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu ditemukan maut di dalam kawasan semak di kilometer (KM) 22 Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, mayat mangsa yang bekerja sebagai penyelia kilang itu ditemukan jam 5.30 petang oleh rakan-rakannya yang membuat pencarian selepas kehilangannya disedari.
Beliau berkata, terdahulu bapa mangsa telah membuat laporan polis berkaitan kehilangan anaknya di Balai Polis Kuala Ketil kira-kira jam 1.58 tengah hari semalam.
"Bertindak berdasarkan maklumat tersebut, rakan-rakan mangsa telah menjejaki mangsa di tempat kejadian dan terus melaporkan ke IPD Gerik sebaik menemui mayatnya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Katanya, berdasarkan siasatan, mangsa dipercayai terbabas sendiri di kawasan berkenaan.
"Siasatan awal mendapati pada 7 Januari kira-kira jam 11.15 pagi, motosikal tersebut ditunggang oleh seorang lelaki melalui JRTB menuju ke Banjaran Titiwangsa, Gerik.
"Apabila tiba di km 22 JRTB Gerik-Jeli, mangsa dipercayai telah gagal mengawal motosikal dan terbabas ke bahu jalan," katanya
Katanya, kes disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu boleh berhubung dengan Insp. Mohd Zaidi Mat Yasin di talian 013-4487374.
Beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya lebih berhati-hati dan berhemah semasa menggunakan JRTB Gerik-Jeli supaya kemalangan dapat dielakkan.
Topic Berkaitan
#Kehilangan lelaki
#ditemukan maut
#motosikal
#Jalan Raya Timur-Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan