Hilang di Gunung Damavand: Isteri sahkan jasad Syed Redzuan sudah ditemukan

Bernama
November 28, 2016 13:47 MYT
Misi mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan untuk mencari seorang lagi pendaki Malaysia yang dilaporkan hilang iaitu Ramli Abdul Majid. - Foto Reuters
Isteri kepada Syed Redzuan Syed Salim Shatri hari ini mengesahkan jasad suaminya ditemui di Yakhar Glacier, Gunung Damavand selepas enam hari dilaporkan hilang.
Yszahanim Yusoff berkata beliau sedang berusaha bersama-sama dengan Kedutaan Malaysia di Iran untuk membawa jenazah pulang ke Malaysia secepat mungkin.
Sementara itu misi mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan untuk mencari seorang lagi pendaki Malaysia yang dilaporkan hilang iaitu Ramli Abdul Majid. -- Bernama
#Gunung Damarvand #Iran #pendaki hilang #Ramli Abdul Majid #Syed Redzuan Syed Salim Shatri #Yszahanim Yusoff