awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 100 terkorban dalam serangan kumpulan bersenjata di tengah Nigeria - Sumber
Sri Lanka perkukuh hubungan dengan Malaysia, seru diaspora bantu ekonomi
Satu kluster tibi dikesan di Kota Tinggi, 804 disaring, 33 positif - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hilton Malaysia hidang ‘Merentasi Tradisi: Sajian Dulu dan Kini’ sepanjang Ramadan ini

Israr Khalid
Israr Khalid
18/03/2024
07:23 MYT
Hilton Malaysia hidang ‘Merentasi Tradisi: Sajian Dulu dan Kini’ sepanjang Ramadan ini
‘Merentasi Tradisi: Sajian Dulu dan Kini’ oleh Hilton Malaysia merangkumi juadah-juadah klasik abadi juga ciptaan kulinari moden. (Foto dari: Hilton Kuching)
HOTEL Hilton di serata Malaysia dengan bangganya mempersembahkan ‘Merentasi Tradisi: Sajian Dulu dan Kini’ sepanjang Ramadan ini yang menawarkan menu perayaan yang luas merangkumi bufet bertema, hidangan istimewa untuk dibawa pulang, hidangan sahur di dalam bilik, pengalaman bertemakan bazar yang mengasyikkan, dan banyak lagi. Kempen seluruh hartanah Hilton di Malaysia itu menjemput tetamu untuk menikmati dan menghargai evolusi kulinari Ramadan menerusi tawaran yang pelbagai, merangkumi juadah-juadah klasik abadi juga ciptaan kulinari moden. ‘Merentasi Tradisi: Sajian Dulu dan Kini’ juga menggariskan komitmen Hilton terhadap penyumberan ramuan secara bertanggungjawab serta pengurusan sisa makanan yang cekap seperti pengkomposan dan catuan, selaras dengan inisiatif global Hilton “Travel with Purpose” yang menganjurkan usaha menuju hospitaliti yang lestari.
Untuk pertanyaan atau tempahan lanjut, sila layari EatDrinkHilton.com Berikut senarai penuh hotel Hilton yang mengambil bahagian dalam kempen ini: Hilton Kuala Lumpur Bufet Makan Malam Vasco’s Isnin - Ahad | 6:30pm - 10:30pm RM258/dewasa | RM128/kanak-kanak Menu utama: Rendang Pedas Ayam Kampung, Roti John Wagyu, Kambing Golek Berempah Morocco, Goreng-Gorengan (Ketam Cengkerang Lembut, Sotong, Udang, Kepak Ayam), Ketam Bunga Masak Cili, Puyuh Berempah, Jemput-Jemput Udang, Salmon Norway Dibalut Daun Pisang, Popiah Basah Udang Kara, Murtabak Wagyu, Oblong Kambing, Serawa Pulut Durian Musang King, Puding Raja, Durian Goreng. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, hubungi +603 2264 2264 atau emel ke [email protected]. Hilton Petaling Jaya Bufet Makan Malam Paya Serai Isnin - Ahad | 7:00pm - 10:00pm RM208/dewasa | RM118/kanak-kanak Promosi ‘Bundle’ untuk empat (4) orang 12 - 24 Mac dan 6 - 9 April 2024 | RM640 25 Mac - 5 April 2024 | RM680 Bufet Makan Malam di Bilik Khas Paya Serai RM238/dewasa | RM138/kanak-kanak Termasuk Bakul Snek Nostalgia Ramadan dan Menara Air Minuman Kegemaran Tempatan. Minimum empat (4) orang. Menu: Sup Gear Box Kaki Kambing, Nasi Dhalca Dihidang Bersama Kari Telur Bersalut Daging, Dalca Tulang Rawan, Ayam Rose dan Sambal Nyiur, Empat Sekawan (Tumis Darat Gulai Ikan Talang Masin Gaya Pulau Pinang, Gulai Kawah Daging Tetel Dengan Umbut Pisang, “Shell Out” Masak Lomak Cili Api, dan Kalio Ayam) Nasi Daging Dengan Air Asam Gaya Kedah, Bubur Lambuk Pantai Timur dan Bubur Lambuk Udang, Kari Kepala Ikan Salmon Gaya Nasi Kandar. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, hubungi +603 7955 9122, WhatsApp +6016 216 0414 atau emel [email protected]. Hilton Kuching Bufet Makan Malam River View Cafe 18 Mac - 6 April 2024 | 6:30pm - 10:00pm RM338/dewasa | RM169/kanak-kanak Menu: Stesen Sushi, Maki & Sashimi, Salad Caesar Roda Parmesan Segar, Kambing Panggang dengan Nasi Bukhari, Nasi Kandar Lamb Shank, Biryani Buluh Udang Galah, Tomahawk Panggang Ketuhar, Brisket Wagyu, Aneka Kuih Melayu, Roti John Wagyu, Manisan Arab Habibi. Kanak-kanak akan mendapat beg cenderahati dan pek hadiah. Untuk meningkatkan pengalaman santapan, River View Cafe menawarkan stesen langsung khusus dan servis sisi meja, dipilih susun oleh Chef Eksekutif Alex dan ‘Chef de Partie’, Chef Nazrin. Tetamu dapat menikmati perjalanan kulinari yang tiada tandingan. Dari Salad Caesar Roda Parmesan Segar yang indah disempurnakan dengan telur ‘sous vide’ 60°C dan sos hollandaise gula apong ‘au gratin’, hingga ke Brisket Wagyu, nikmati hidangan yang disediakan dengan resepi istimewa. Tetamu juga boleh merakam memori bersama keluarga dan orang tersayang di ruang foto di restoran tersebut. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, hubungi +608 2223 888 atau emel [email protected]. Foto dari: Hilton Kuala Lumpur.
Foto dari: Hilton Kuala Lumpur
Hilton Kota Kinabalu Bufet Makan Malam Urban Kitchen 11 Mac - 9 April 2024 | 5:30pm - 9:00pm RM178/dewasa | RM89/kanak-kanak Menu: Ayam Bakar Pasu, Sup Mamak Lamb Shank, Bubur Lambuk Kampung Baru, Daging Bakar ala Thai, Ikan Bakar Portugis, Makanan Laut Bakar Jimbaran, Kambing Bakar Tandoori, Gulai Kawah Ekor Lembu. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, hubungi +6088 356 000 atau emel [email protected] DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City Bufet Makan Malam Makan Kitchen 10 Mac - 9 April 2024 RM188/dewasa | RM94/kanak-kanak Menu tarikan: Siput Sedut Masak Lemak, Rendang Tok, Kerang Sambal, Gulai Kambing Nusantara, Ayam Percik ala Kelantan, Udang Petai Gerimis, Kambing Golek dengan Sos Lada Hitam, Mi Udang Istimewa, Roti Jala dengan Kari, Maggi Mi Goreng Daun Pisang. 85 peratus daripada ramuan digunakan adalah produk keluaran tempatan dalam bufet Ramadan ini. Selain itu, DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City mempunyai komitmen untuk mengurangkan plastik sekali guna sambil bekerjasama dengan Food Aid Foundation dalam mengagihkan pek makanan kepada mereka yang memerlukan. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, hubungi +603 5650 0200 atau emel [email protected] DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur Bufet Makan Malam Makan Kitchen 10 Mac – 9 April 2024 Ahad - Khamis | 6:30pm - 10:00pm RM218/dewasa | RM109/kanak-kanak Jumaat - Sabtu | 6:30pm - 10:00pm RM238/dewasa | RM119/kanak-kanak Persembahan Muzik Tradisional Melayu Secara Langsung Setiap Hari (Kecuali Isnin) | 13 Mac -7 April 2024 Menu: Stesen Kambing Golek, Kerutup Daging Shank Australia, Stesen Makanan Laut Bakar, Sup Kawah Meletop, Ikan Siakap Laut Hasil Tempatan Bakar Gaya Kerala, Ikan Siakap Putih Muara Sungai dengan Sos Cili Kacang, Udang Harimau Segar Masak Mentega dengan Bijirin Oat, Consommé Ayam Kampung Direbus Dua Kali dengan Kurma Merah, serta pilihan Ais Krim Gelatomio. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, hubungi +603 2172 7272 atau emel [email protected] Foto dari: DoubleTree by Hilton Johor Bahru.
Foto dari: DoubleTree by Hilton Johor Bahru.
DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside Bufet Makan Malam Ramadan Makan Kitchen 12 Mac - 18 March 2024 | 6:30pm - 10:00pm RM148/dewasa | RM74/kanak-kanak 19 Mac - 9 April 2024 | 6:30pm - 10:00pm RM188/dewasa | RM94/kanak-kanak Bufet Makan Malam Temenggor Al Fresco 15 Mac - 9 April 2024 | 6:30pm - 10:00pm RM128/dewasa | RM64/kanak-kanak Bagi menyemarakkan semangat Ramadan, lokasi pelbagai fungsi Temenggor diolah menjadi ruang seakan bazar dengan suasana yang meriah. Untuk suasana yang lebih kasual dan kontemporari, tetamu boleh memilih bufet Ramadan di Makan Kitchen. Menu: Bubur Lambuk Kampung Baru, Pasembur Padang Kota Lama, Kerabu Daging Salai, Udang Harimau Masak Kerutup. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, hubungi +603 8890 0000 atau emel [email protected] DoubleTree by Hilton Melaka Bufet Makan Malam Makan Kitchen 11 Mac - 9 April 2024 | 6:30pm - 10:00pm RM138/dewasa | RM69/kanak-kanak & warga emas Kanak-kanak berusia bawah 5 tahun makan percuma Menu: Ikan Panggang, Asam Pedas Lamb Shank, Ayam Pasu, Sup Harira, Um Ali, dan stesen potongan daging secara langsung. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, hubungi +606 222 3333 atau emel [email protected] DoubleTree by Hilton Johor Bahru Bufet Makan Malam Banquet Khamis - Sabtu | 13 Mac - 6 April 2024 | 6:30pm - 10:00pm RM228/dewasa | RM128/kanak-kanak Bufet Makan Malam Makan Kitchen 13 Mac - 6 April 2024 | 6:30pm - 10:00pm RM228/dewasa | RM128/dewasa Pakej ‘Bundle’ untuk sembilan (9) dewasa 12 Februari – 6 April 2024 | RM1,824 Ruang mesyuarat di tingkat 11 diolah menjadi suasana meriah seakan bazar. Bufet Makan Malam Banquet di Tingkat 11 turut menampilkan gerai durian di tepi teres. Untuk suasana yang lebih kasual dan kontemporari, tetamu boleh memilih untuk menikmati bufet Ramadan di Makan Kitchen. Menu di Banquet: Asam Pedas Tetel Laksamana dengan Terung Telunjuk, Gulai Ayam Berkentang Tok Wan, Gulai Kampung Ikan Masin dengan Pisang Muda, Ayam Goreng Belacan Pulau Mutiara, Kepala Ikan Jenahak Masak Asam Pedas Seri Mersing, Ikan Dibalut Daun Pisang dengan Air Asam. Menu di Makan Kitchen: Kerabu Sotong Sumbat Betik, Kambing Panggang Tanah Merah, Rusuk Lembu Direbus Perlahan dengan Rendang Hijau, Itik Peking DoubleTree by Hilton Johor Bahru, Sup Kawah Pecah Meletop, Udang Ketak Bakar Sambal. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, hubungi +607 268 6868 atau emel [email protected] Foto dari: DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside
Foto dari: DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside
DoubleTree Resort by Hilton Penang Bufet Makan Malam Makan Kitchen 15 Mac - 7 April 2024 | 6:30pm - 10:00pm RM158/dewasa | RM88/kanak-kanak dan warga emas Menu: Warisan Kerabu Mak Ngah, Kambing Golek Teratak Bonda, Sup Padang Brown (Ekor, Urat, Perut, Kambing dan Ayam), Mee Sotong Mamu Zai, Bihun Sup Asprengko, Puding Kurma Melekit, dan Pulut Mangga Mat Lan. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, hubungi +60 4 892 8000 atau emel [email protected] DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort Bufet Makan Malam Makan Kitchen 10 Mac - 9 April 2024 | 6:30pm - 10:30pm Ahad - Khamis | RM98/dewasa | RM49/kanak-kanak Jumaat - Sabtu | RM128/dewasa| RM64/kanak-kanak Menu: Kari Kepala Ikan, Rendang Tok, Laksa Mee Pangkor, Sup Kambing Berempah, Udang Masak Lemak, Pucuk Paku Tempoyak, Gado-Gado Teluk Senangin. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, hubungi +60 5684 3333 atau emel [email protected]. Hilton Garden Inn Puchong Bufet Makan Malam Garden Grille Khamis - Ahad | 14 Mac - 7 April 2024 | 6:30pm - 10:00pm Kadar Awal | RM108/dewasa Kadar Biasa | RM138/dewasa | RM98/kanak-kanak Menu: Kambing Golek, Pecal Salmon Percik Mangga Muda, Nasi Buluh, Telur Itik Lemak Mewangi, Ayam Bakar Madu, Daging Masak Hitam, Nasi Minyak Orang Kahwin. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, hubungi +603 8084 1299, WhatsApp +6012 612 9947 atau emel ke [email protected]. Hilton Garden Inn Kuala Lumpur Bufet Makan Malam Garden Grille 10 Mac - 9 April 2024 Isnin - Khamis | RM78 nett per adult | RM39 nett per child Jumaat - Ahad | RM98/dewasa | RM49/kanak-kanak Menu: Sup Kawah Meletop, Kaki Kambing Panggang, Bubur Lambuk Daging, Sotong Tumis Sambal Belacan, Ulam-Ulaman Kampung. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, hubungi +603 2771 6888, WhatsApp +6012 597 2776 atau emel ke [email protected] Foto dari: DoubleTree Resort by Hilton Penang.
Foto dari: DoubleTree Resort by Hilton Penang.
Dapatkan waktu berbuka, imsak, kalkulator zakat, artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#hilton
#bufet ramadan
#Merentasi Tradisi
#Sajian Dulu dan Kini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan