Himpunan 812: Najib, Rosmah pilih LRT ke Jalan Raja

Astro Awani
Disember 8, 2018 07:43 MYT
Ahli Parlimen Pekan itu bersama isteri tiba di Jalan Tun Perak menuju Jalan Raja bagi menyertai Himpunan 812. - Foto Astro AWANI
Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor memilih menaiki LRT untuk menuju ke Jalan Raja bagi menyertai Himpunan 812.
Beliau yang menaiki LRT dari stesen Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kemudian turun ke LRT Masjid Jamek sebelum bersama-sama peserta himpunan yang lain berjalan ke Dataran Merdeka.
Sebelum itu, Ahli Parlimen Pekan itu menunaikan solat Zuhur di Surau PWTC bersama beberapa ahli UMNO yang lain.

Bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Stesen Masjid Jamek bagi menyertai Himpunan Aman 812 sempena meraikan kesyukuran tolak ICERD di Stesen Masjid Jamek. Najib yang berpakaian baju Melayu putih turut ditemani isteri, DS Rosmah Mansor.#Himpunan812 #daulat812 @501Awani pic.twitter.com/mTXmmFBArp

— Fauxy Zin (@FauxyZin) December 8, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: LAPOR LANGSUNG: Najib, Zahid tiba di lokasi perhimpunan
#Dataran Merdeka #Daulat 812 #Himpunan 812 #himpunan ICERD #LRT #Najib Razak #PWTC