NATIONAL
Himpunan bantah pamer harga ubat: KKM teliti permintaan dalam memorandum

DR DZULKEFLY: Saya pastinya akan dapat menerima memorandum mereka. Saya akan teliti satu persatu permintaan mereka. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memberi jaminan akan meneliti setiap tuntutan dalam memorandum yang dikemukakan oleh mereka yang menyertai himpunan membantah peraturan mewajibkan mempamer harga ubat hari ini.
Ringkasan AI
- Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memberi jaminan akan meneliti setiap tuntutan dalam memorandum yang dikemukakan oleh mereka yang menyertai himpunan membantah peraturan mewajibkan mempamer harga ubat.
- Himpunan tersebut membantah penggunaan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723) yang mewajibkan klinik swasta dan farmasi mempamerkan harga ubat-ubatan mulai 1 Mei.
- Kumpulan doktor dan pengamal perubatan bersurai secara berperingkat selepas menyerahkan memorandum kepada wakil Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra.
Terdahulu media melaporkan mengenai kumpulan doktor dan pengamal perubatan yang menyertai himpunan membantah penggunaan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723).
Ia berkaitan peraturan mewajibkan klinik swasta dan farmasi mempamerkan harga ubat-ubatan mulai 1 Mei lepas.
Bagaimanapun, dilaporkan kumpulan berkenaan bersurai secara berperingkat bermula 11.30 pagi sebaik sahaja wakil kumpulan itu selesai bertemu dan menyerahkan memorandum berkaitan perkara itu kepada wakil Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Bangunan Perdana Putra di sini.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami