awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didakwa edar methamphetamine
PM Anwar, KSI bincang kerjasama strategik selari agenda MADANI
Kes dera di Saratok: Pegawai JKM, kaunselor ditempatkan di hospital - Nancy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Himpunan Derita Rakyat Kedah' mengelirukan rakyat - NGO

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
20/07/2016
03:18 MYT
'Himpunan Derita Rakyat Kedah' mengelirukan rakyat - NGO
12 Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Kedah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar berhubung 'Himpunan Derita Rakyat Kedah' pagi ini.
12 Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Kedah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar berhubung 'Himpunan Derita Rakyat Kedah' berkaitan krisis air yang dijadual berlangsung jam 5 petang esok.
Menurut Presiden Kelab Belia Darul Aman, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan, himpunan yang bakal dianjurkan PAS Kedah dan Dewan Pemuda PAS Kedah itu merupakan himpunan haram dan pihaknya mahu siasatan dibuat ke atas penganjur.
"Jelas sekali himpunan yang dijadualkan esok (Khamis) melanggar undang-undang kerana mereka tahu kawasan loji simpanan air ialah kawasan keselamatan.
"Kita yakin bahawa ceramah yang bakal diadakan esok akan diselang-selikan dengan hasutan berbaur fitnah dengan mengemukakan fakta palsu yang boleh mengelirukan masyarakat setempat," katanya kepada Astro AWANI selepas selesai mengepalai beberapa NGO untuk membuat laporan polis di IPD Kota Setar.
Tambahnya, tindakan mereka itu seolah-olah ingin menyalahkan kerajaan Negeri sekarang sedangkan isu air ini katanya telah timbul sejak pemerintahan parti pembangkang sebelum ini.
Pada 12 Julai lalu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah melalui satu mesyuarat khas berkenaan isu air, mengumumkan enam langkah jangka pendek kerajaan Kedah bagi menangani masalah bekalan air bersih termasuk menubuhkan sebuah jawatankuasa bertindak, menambah telaga tiub dan membekalkan tong statik kepada pengguna kurang berkemampuan.
Antara NGO yang terlibat ialah Kelab Belia Darul Aman, Pertubuhan Jaringan Anak Melayu Kuala Rimau, Kelab Amal Ketuanan Melayu Kedah, Gerakan Belia 4B Alor Setar, Barisan Nasional Youth Volunteer Kedah, Persatuan Siswa Ansar, Pertubuhan Gelombang Biru Kedah, Team Cyber Kedah, Biro Aduan Awam Pemuda Mic, Youth Squad Mic Negeri Kedah, Persatuan Pengguna Kedah dan Pertubuhan Kebajikan Serta Dakwah Islamiah Malaysia.
Topic Berkaitan
#Dewan Pemuda PAS Kedah
#Himpunan Derita Rakyat Kedah
#laporan polis
#Pas Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan