awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Himpunan Hari Wanita: "Kalau tak pasti, jangan cakap himpunan LGBT!" - Salahuddin

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
15/03/2023
06:25 MYT
Himpunan Hari Wanita: "Kalau tak pasti, jangan cakap himpunan LGBT!" - Salahuddin
Menurut Salahuddin sebagai Ahli Parlimen, Wan Razali seharusnya menyemak fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan terutamanya di Parlimen.- Fail/BERNAMA
SUBANG JAYA: Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Salahuddin Ayub mengkritik kenyataan Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor yang menyifatkan Himpunan Hari Wanita di ibu negara baru-baru ini sebagai himpunan LGBT.
Menurutnya, sebagai Ahli Parlimen, Wan Razali seharusnya menyemak fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan terutamanya di Parlimen.
Tegasnya, Dewan Rakyat bukan 'kedai kopi tepi jalan' dan setiap wakil rakyat perlu bertanggungjawab dengan apa dikatakan mereka.
"Kepada semua Ahli Parlimen, pastikan fakta yang anda cakap tepat. Itu etika kita. Kalau kamu tak pasti, kamu jangan cakap.
"Nanti kamu akan mendapat malu dalam Parlimen. Jadi nasihat saya kepada MP, tak kira kerajaan atau pembangkang, semak dulu fakta anda, pastikan tepat.
“Jangan tuduh-tuduh, jangan dengan mudah lemparkan dakwaan dan tuduhan. Perlu berhati-hati dengan fakta kita, nasihat saya lakukan dulu kajian.
"Tapi semalam itu jelas sebab bila Speaker tanya dia, dia pun jawab tidak pasti. Kalau begitu, jangan cakaplah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kempen Klasiknya Raya Mydin di bawah Payung Rahmah di sini pada Rabu.
Dewan Rakyat kecoh kenyataan YB Kuantan mengenai perarakan LGBT
Kenyataan Wan Razali dalam Dewan Rakyat pada Selasa mengundang kekecohan selepas mendakwa himpunan tersebut adalah himpunan LGBT.
Selepas menerima kecaman Ahli Parlimen lain, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul mendesak beliau menarik balik kenyataan berkenaan selepas Wan Razali tidak pasti dengan faktanya.
Polis kini sedang menyiasat perhimpunan dan perarakan sempena Hari Wanita yang berlangsung pada Ahad lepas.
Topic Berkaitan
#Salahuddin Ayub
#LGBT
#Himpunan Hari Wanita
#Wan Razali Wan Nor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan