Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
MALAYSIA

Himpunan rakyat di Kota Bharu tuntut keadilan untuk Allahyarham Wan Ahmad Faris

Muhafandi Muhamad 17/08/2025 | 00:15 MYT
Himpunan yang berlangsung di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, dihadiri lebih 1,000 peserta dan dianjurkan secara jemputan melalui media sosial oleh pihak keluarga. - Astro AWANI
KOTA BHARU: Himpunan solidariti "Justice for Zara" yang berlangsung di seluruh negara telah membangkitkan semangat rakyat Kelantan untuk menuntut keadilan bagi Allahyarham Wan Ahmad Faris Wan Abd Rahman, pelajar tahfiz yang ditemui meninggal dunia dalam keadaan tergantung di tandas asrama pada tahun 2013.


Ringkasan AI
  • Himpunan solidariti di Kota Bharu tuntut siasatan semula kematian Allahyarham Wan Ahmad Faris, pelajar tahfiz yang ditemui tergantung di tandas asrama pada 2013.
  • Keluarga fail saman terhadap kerajaan dan polis, dakwa kematian ada unsur jenayah dan buli yang tidak disiasat.
  • Lebih 1,000 hadir himpunan aman, seru semua pihak termasuk kerajaan negeri bersama membela nasib pelajar cemerlang dan hafiz al-Quran itu.


Walaupun keluarga Allahyarham telah memfailkan saman terhadap Kerajaan Malaysia, Ketua Polis Negara dan pegawai penyiasat kes, himpunan malam tadi diadakan sebagai tanda sokongan rakyat agar kematian pelajar berusia 16 tahun itu disiasat semula secara telus dan menyeluruh.

Himpunan yang berlangsung di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, dihadiri lebih 1,000 peserta dan dianjurkan secara jemputan melalui media sosial oleh pihak keluarga.

Suasana penuh emosi menyaksikan pelbagai lapisan masyarakat hadir menyatakan sokongan.

“Ini gerakan rakyat atas nama kasih sayang. Kita ajak semua pihak, termasuk kerajaan negeri, untuk bersama membela nasib Wan Ahmad Faris seperti mana perjuangan untuk Zara. Setiap nyawa tiada bezanya,” kata salah seorang peserta, Mohd Zulhazmi Hassan.

Keluarga Allahyarham mendakwa kematian Wan Ahmad Faris ada melibatkan unsur jenayah dan buli yang tidak disiasat secara menyeluruh.

Mereka memfailkan writ saman sivil di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 28 Julai lalu, dengan harapan agar siasatan dibuka semula.

Antara dakwaan keluarga:
Allahyarham Wan Ahmad Faris dikenali sebagai pelajar cemerlang, berdisiplin dan hafiz al-Quran.

Pemergiannya secara mencurigakan terus menjadi tanda tanya yang belum terjawab.







#Wan Ahmad Faris Wan Abd Rahman #pelajar tahfiz #meninggal dunia #tandas asrama