MALAYSIA
Himpunan RXZ Members 7.0 rekod lima kematian di jalan raya
Mohd Yusri berkata, peranan JSPT akan terus dipertingkatkan, khususnya untuk memudahkan dan memberi bantuan kepada peserta RXZ 7.0. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Lima kematian direkodkan akibat kemalangan melibatkan peserta Himpunan RXZ Members 7.0 yang dalam perjalanan ke acara tersebut di Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Terengganu.
Ringkasan AI
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri memberitahu, kemalangan berlaku pada Jumaat lalu sebelum perhimpunan itu sehingga Ahad lalu.
"Setakat ini kita terima laporan lima kes kematian akibat kemalangan maut ketika dalam perjalanan pergi dan balik himpunan RXZ pada tahun ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Siri Dialog Khas PDRM ke-3, 2025, di sini pada Selasa.
Dalam pada itu, Mohd Yusri berkata, peranan JSPT akan terus dipertingkatkan, khususnya untuk memudahkan dan memberi bantuan kepada peserta RXZ 7.0.
"Ini termasuk menguatkuasakan peraturan-peraturan dan undang-undang sekiranya terdapat peserta yang melakukan kesalahan seperti menunggang dengan aksi berbahaya atau mengganggu pengguna jalan raya yang lain," jelasnya.
Pada masa sama, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua peserta yang menunjukkan sikap positif selain memberi kerjasama yang baik kepada polis khususnya kepada JSPT.
"Mereka mematuhi peraturan, undang-undang dan juga keselamatan yang ditetapkan sepanjang kehadiran mereka untuk hadir dalam program RXZ 7.0 di Terengganu ketika pergi dan balik," katanya.
Himpunan RXZ Members 7.0 yang berlangsung selama dua hari di Litar Permotoran Kompleks Sukan Gong Badak mencatat penyertaan sekitar 150,000 peserta, sekali gus menjadi edisi paling besar dan berjaya setakat ini.
Acara itu turut menghimpunkan peminat motosikal RXZ dari dalam dan luar negara dengan pelbagai aktiviti komuniti dan pameran berkaitan dunia permotoran.
Ringkasan AI
- Lima peserta RXZ Members 7.0 maut dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke dan dari acara di Gong Badak, Terengganu.
- JSPT komited tingkatkan penguatkuasaan dan bantuan trafik, termasuk tindakan terhadap penunggang yang lakukan aksi berbahaya atau ganggu pengguna jalan raya.
- Himpunan RXZ 7.0 catat kehadiran 150,000 peserta, menjadikannya edisi terbesar dengan sokongan positif daripada komuniti peminat motosikal dalam dan luar negara.