MALAYSIA
Himpunan Solidariti Bersama Gaza diteruskan, fokus perkembangan misi FFC – MyCARE
Pengerusi MyCARE Datuk Seri Kamal Nasharuddin Mustapha memaklumkan Himpunan Solidariti Bersama Gaza yang dijadual berlangsung di Axiata Arena malam ini akan diteruskan seperti dirancang. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) Datuk Seri Kamal Nasharuddin Mustapha memaklumkan Himpunan Solidariti Bersama Gaza yang dijadual berlangsung di Axiata Arena malam ini akan diteruskan seperti dirancang.
Ringkasan AI
Menurut beliau, Ketua Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) merangkap Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby Al-Kahery telah menghubunginya dan memaklumkan bahawa program akan diteruskan, selain mereka akan berkongsi perkembangan mengenai Freedom Flotilla Coalition (FFC) serta meneruskan doa untuk peserta misi itu.
“Datuk Sani Araby ada hubungi saya, program akan diteruskan. Kita akan berkongsi perkembangan mengenai FFC dan teruskan doa untuk mereka,” katanya.
Misi FFC disertai aktivis kemanusiaan antarabangsa termasuk wakil Malaysia, dengan tujuan menghantar bantuan ke Gaza yang kini berdepan krisis kemanusiaan akibat serangan berterusan.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyertai Himpunan Solidariti Bersama Gaza yang akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada 8 malam ini.
Anwar berkata, himpunan itu bagi menyuarakan solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin bersama wira dan wirawati yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), baru-baru ini.
"Saya yakin dan percaya bahawa dalam denyut nadi setiap anak Malaysia, tersemat tekad untuk terus memperjuangkan keadilan dan keamanan sejagat.
"Marilah kita berganding bahu dan bergerak sederap, mengangkat suara demi Palestin yang merdeka, bermaruah dan berdaulat. Ketemu esok malam, insyaAllah," kata Anwar menerusi hantaran di Facebook.
Ringkasan AI
- Himpunan Solidariti Bersama Gaza di Axiata Arena malam ini diteruskan seperti dirancang, dengan perkongsian perkembangan misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan doa untuk aktivis kemanusiaan.
- Program disokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengajak rakyat Malaysia hadir bagi menyuarakan solidariti terhadap perjuangan Palestin dan peserta misi Global Sumud Flotilla (GSF).
- Misi FFC bertujuan menghantar bantuan ke Gaza yang sedang dikepung Israel, disertai aktivis antarabangsa termasuk wakil Malaysia.
Menurut beliau, Ketua Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) merangkap Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby Al-Kahery telah menghubunginya dan memaklumkan bahawa program akan diteruskan, selain mereka akan berkongsi perkembangan mengenai Freedom Flotilla Coalition (FFC) serta meneruskan doa untuk peserta misi itu.
“Datuk Sani Araby ada hubungi saya, program akan diteruskan. Kita akan berkongsi perkembangan mengenai FFC dan teruskan doa untuk mereka,” katanya.
Misi FFC disertai aktivis kemanusiaan antarabangsa termasuk wakil Malaysia, dengan tujuan menghantar bantuan ke Gaza yang kini berdepan krisis kemanusiaan akibat serangan berterusan.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyertai Himpunan Solidariti Bersama Gaza yang akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada 8 malam ini.
Anwar berkata, himpunan itu bagi menyuarakan solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin bersama wira dan wirawati yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), baru-baru ini.
"Saya yakin dan percaya bahawa dalam denyut nadi setiap anak Malaysia, tersemat tekad untuk terus memperjuangkan keadilan dan keamanan sejagat.
"Marilah kita berganding bahu dan bergerak sederap, mengangkat suara demi Palestin yang merdeka, bermaruah dan berdaulat. Ketemu esok malam, insyaAllah," kata Anwar menerusi hantaran di Facebook.

#Himpunan Solidariti Bersama Gaza
#MyCare
#Freedom Flotilla Coalition
#Global Sumud Flotilla
#terkini