[LAPOR LANGSUNG] 9 rakyat Malaysia ditahan rejim Israel
MALAYSIA

Himpunan Solidariti Gaza: Operasi stesen Bukit Jalil dilanjutkan sehingga 12.30 tengah malam

Astro Awani 08/10/2025 | 08:55 MYT
Sebahagian tren Rapid KL yang diselenggara oleh Rapid Rail. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan rel Rapid Rapid KL akan melanjutkan operasi Stesen Bukit Jalil pada 8 Oktober 2025 sehingga jam 12.30 tengah malam.


Ringkasan AI
  • Rapid Rail akan melanjutkan operasi Stesen Bukit Jalil sehingga jam 12.30 tengah malam pada 8 Oktober 2025 bersempena Majlis Himpunan Solidariti Bersama Gaza di Axiata Arena.
  • Perkhidmatan tren tambahan akan disediakan, dan beberapa stesen pertukaran terpilih di laluan Kelana Jaya, Ampang/Sri Petaling, Monorel, Kajang, dan Putrajaya turut dilanjutkan waktu operasi bagi memudahkan penumpang pulang ke destinasi masing-masing.
  • Stesen-stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa, namun penumpang masih dibenarkan keluar di stesen tersebut untuk meneruskan perjalanan.


Bagi memastikan kelancaran pergerakan penumpang, perkhidmatan tren tambahan akan disediakan bagi memudahkan penumpang pulang ke destinasi masing-masing dengan selesa.

Pelanjutan waktu operasi berkenaan dilaksanakan bersempena 'Himpunan Solidariti Bersama Gaza' yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil di ibu negara, pada jam 8 malam, Rabu.

Menurut Rapid Rail dalam kenyataan pada Rabu, stesen-stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa, namun penumpang masih dibenarkan keluar di stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan.


Selain itu, beberapa stesen pertukaran terpilih turut dilanjutkan waktu operasi bagi membolehkan penumpang meneruskan perjalanan ke destinasi akhir melibatkan laluan Kelana Jaya, Ampang/Sri Petaling, Monorel, Kajang, dan Putrajaya.



#Rapid KL #Himpunan Solidariti Gaza #Freedom Flotilla Coalition