MALAYSIA
Himpunan Solidariti Gaza: Perlu usaha tingkat kesedaran pelbagai komuniti - GPM
Himpunan Solidariti bersama Gaza di Stadium Axiata Bukit Jalil pada Rabu. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan kesedaran pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia mengenai perjuangan hak Palestin.
Ringkasan AI
Pengerusi Global Peace Mission (GPM) Malaysia dan Ahli Dewan Negara, Dr. Jufitri Joha berkata, isu Palestin ialah kemanusiaan yang dikongsi oleh seluruh komuniti dunia.
“Ya, (Palestin) ini isu akidah tetapi ia juga isu kemanusiaan. Sebelum ini kita saksikan Antony Loewenstein, Adam Shapiro dan Israel Shamir, semuanya merupakan aktivis Yahudi yang menganggap isu Palestin ini bukan semata-mata isu umat Islam, bahkan isu kemanusiaan.
“Di Malaysia masih lagi kurang kesedaran dalam kalangan orang bukan Islam, maka malam ini serta malam-malam berikutnya kita mahu ajak kawan-kawan bukan Melayu-Islam untuk lihat isu Palestin sebagai isu kemanusiaan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI yang bersiaran di Himpunan Solidariti bersama Gaza pada Rabu.
Pendirian sama turut dikongsikan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof. Madya Datuk Mohamed Azam Mohamed Adil yang menyatakan manusia waras tidak akan membiarkan nasib Palestin berdepan genosid tidak terbela.
“Walaupun kita masih belum sampai ke tahap semua warganegara tanpa mengira latar belakang agama, kaum dan etnik untuk sama-sama bangun (mempertahankan hak Palestin) bukan sahaja atas faktor hak asasi manusia, bahkan atas dasar kita ini manusia.
“Kita sebagai manusia, kita mesti jaga manusia yang lain. Sebagai manusia yang waras dan berpendidikan, kita tidak biarkan manusia lain tanpa dibantu. Manusia yang tidak ada perasaan itu (ihsan) lebih teruk daripada binatang,” ujarnya.
Himpunan Solidariti bersama Gaza menampilkan sebahagian daripada aktivisi Global Sumud Flotilla (GSF) yang selamat tiba di tanah air pada Selasa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan pidato utama dalam perhimpunan tersebut di hadapan kira-kira 16,000 orang yang hadir.
Turut hadir, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center, Datuk Sani Araby al-Kahery.
Ketika perhimpunan ini berlangsung, 150 orang aktivis termasuk sembilan rakyat Malaysia dan wartawan Astro AWANI, Syaff Shukri yang berlayar dalam misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) - Thousand Madleens To Gaza (TMTG), masih belum diketahui kedudukan semasa selapas kapal yang dinaiki diceroboh Israel di perairan antarabangsa.
[LANGSUNG] #AgendaAWANI | Himpunan Solidariti Gaza: Gelombang Malaysia Palestin Merdeka | 8 Okt 2025
Ringkasan AI
- Isu Palestin perlu difahami sebagai isu kemanusiaan sejagat, bukan hanya isu agama, agar dapat menarik sokongan lebih meluas termasuk daripada masyarakat bukan Islam di Malaysia.
- Tahap kesedaran rakyat Malaysia terhadap penderitaan Palestin masih rendah dan perlu dipertingkatkan melalui pendekatan yang menyentuh nilai kemanusiaan dan ihsan.
- Solidariti nasional dan global terhadap Palestin terus diperkukuh melalui himpunan besar-besaran serta penyertaan aktivis dalam misi antarabangsa walaupun berdepan ancaman keselamatan.