awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Himpunan solidariti Palestin gesa AS tarik sokongan terhadap serangan Israel

Bernama
Bernama
20/10/2023
10:47 MYT
Himpunan solidariti Palestin gesa AS tarik sokongan terhadap serangan Israel
Antara yang terkandung dalam memorandum itu ialah gesaan agar AS menghentikan sokongan kewangan serta bekalan senjata api kepada rejim itu. - Bernama
KUALA LUMPUR: Satu memorandum menggesa agar Amerika Syarikat menarik balik sokongan terhadap pencerobohan Israel di Palestin diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat (AS), di Jalan Tun Razak di sini hari ini.
Memorandum bantahan sebagai kecaman terhadap kekejaman Israel yang terus menindas rakyat Palestin itu diserahkan wakil himpunan aman yang terdiri daripada segenap lapisan masyarakat dan disertai beberapa badan bukan kerajaan serta ahli politik dari pelbagai latar belakang, yang bersama-sama berarak ke Kedutaan AS dari Masjid Tabung Haji, selepas solat Jumaat.
Antara yang terkandung dalam memorandum itu ialah gesaan agar AS menghentikan sokongan kewangan serta bekalan senjata api kepada rejim itu.
Memorandum itu antara lain turut menggesa pihak bertanggungjawab dalam pencerobohan Palestin dibawa ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas jenayah perang yang dilakukan seperti pembunuhan orang awam serta menggesa AS dan komuniti antarabangsa untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara berdaulat dan bermaruah.
Turut hadir pada perhimpunan itu ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir, aktivis sosial Chua Tian Chang dan Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (Perkid) Masridzi Sat.
Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Okt telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa kedua-dua belah pihak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#himpunan solidariti
#Palestin
#Amerika Syarikat
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan