awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Himpunan Solidariti Raja, Rakyat Berpisah Tiada berlangsung aman di Kuantan

Bernama
Bernama
21/08/2024
15:44 MYT
Himpunan Solidariti Raja, Rakyat Berpisah Tiada berlangsung aman di Kuantan
Peserta turut kelihatan membawa sepanduk yang tertera antaranya Daulat Tuanku, Jangan Hina Sultan Kami, Mahasiswa Bersama Sultan dan Pertahankan Kedaulatan Institusi Diraja. - Gambar FB @I ♥ PAHANG
KUANTAN: Himpunan solidariti Raja dan Rakyat Berpisah Tiada anjuran Majlis Mahasiswa Anak Pahang (MAMPAN) di hadapan Masjid Sultan Ahmad 1 di sini petang tadi berlangsung dengan aman tanpa sebarang unsur provokasi.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata hampir 100 peserta menyertai perhimpunan itu yang berlangsung kira-kira sejam bermula 5 petang.
"Pemantauan telah dibuat oleh pihak polis dan ia berlangsung dalam keadaan aman tanpa ada sebarang insiden tidak diingini," katanya di sini hari ini.
Peserta perhimpunan pada mulanya dijadualkan berhimpun di pekarangan masjid berkenaan sebelum berarak ke menara Kuantan 188, namun atas faktor keselamatan selepas dinasihatkan pihak polis mereka akur dan hanya berkumpul berhampiran masjid.
Peserta turut kelihatan membawa sepanduk yang tertera antaranya Daulat Tuanku, Jangan Hina Sultan Kami, Mahasiswa Bersama Sultan dan Pertahankan Kedaulatan Institusi Diraja.
Sementara itu, Pengerusi MAMPAN Aidid Fadhullah Abdul Sukor berkata tujuan perhimpunan itu adalah sebagai isyarat kepada ahli politik bahawa golongan muda cakna terhadap situasi semasa terutamanya yang menyentuh isu 3R (kaum, agama, raja).
"Ahli politik tidak kira daripada mana-mana parti tidak seharusnya menyentuh isu 3R, sesiapa yang terlibat sepatutnya dikenakan tindakan sewajarnya, jika nak berpolitik berpada-pada," katanya ketika ditemui pemberita.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#isu 3R
#golongan muda
#provokasi
#perkarangan masjid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan