awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Dua anggota penguat kuasa MBPP cedera belon dirampas meletup
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Himpunan Turun Anwar: KPN sahkan Chegubard ditahan kes sebat patung mirip PM

UMNO Online, Umavathi Ramayah
UMNO Online, Umavathi Ramayah
28/07/2025
11:30 MYT
Himpunan Turun Anwar: KPN sahkan Chegubard ditahan kes sebat patung mirip PM
Mohd Khalid berkata, Chegubard ditahan pada Isnin bagi membantu siasatan berhubung tindakan membawa dan menyebat patung menyerupai Anwar Ibrahim semasa perhimpunan tersebut. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail mengesahkan penahanan Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berhubung Himpunan Turun Anwar, Sabtu lalu.
Bercakap kepada Astro AWANI, beliau berkata, Ketua BERSATU Bahagian Port Dickson itu ditahan pada Isnin bagi membantu siasatan berhubung tindakan membawa dan menyebat patung menyerupai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa perhimpunan tersebut.
Sementara itu, dalam kenyataan yang dikeluarkan, Mohd Khalid berkata, polis turut menahan seorang lagi lelaki tempatan berusia 21 tahun bagi membantu siasatan kes sama.
"Permohonan reman terhadap kedua-dua suspek akan dibuat pada Selasa bagi melengkapkan siasatan," ujarnya.
Selain itu, Mohd Khalid memberitahu, perbuatan tersebut turut dirakam dan dimuat naik pihak tertentu dalam media sosial.
"Sehubungan itu, polis turut merampas beberapa peralatan komunikasi yang dipercayai digunakan untuk memuat naik serta menyebarkan kandungan berkaitan insiden berkenaan," jelasnya.
Kes itu katanya disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955. ' Beliau turut menasihati orang ramai supaya menggunakan media sosial secara berhemah dan tidak menjadikannya medium untuk menyebarkan kandungan bersifat hasutan yang boleh mencetuskan ketidakharmonian serta mengganggu ketenteraman awam.
"Polis tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang sengaja mencetuskan provokasi atau mengancam keselamatan serta ketenteraman masyarakat," tegasnya.
Topic Berkaitan
#Mohd Khalid Ismail
#Ketua Polis Negara
#Che'gu Bard
#akta hasutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan