MALAYSIA
Himpunan Turun Anwar: Pengundi berhak dapat lebih daripada sekadar sandiwara politik - Rafizi
Rafizi berharap lebih ramai ahli politik akan memberi tumpuan kepada penyelesaian isu-isu berbangkit negara berbanding hanya berusaha menukar kerajaan. - Gambar Wafi Norazmi/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli menyifatkan pengundi Malaysia berhak mendapat lebih daripada sekadar sebuah sandiwara politik susulan penganjuran Himpunan Turun Anwar semalam.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berharap lebih ramai ahli politik akan memberi tumpuan kepada penyelesaian isu-isu berbangkit negara berbanding hanya berusaha menukar kerajaan.
"Di negara seperti Malaysia, kita berdepan dengan isu politik hampir setiap hari. Namun jarang sekali kita mendengar perbincangan yang cukup mengenai masalah yang akan memberi kesan jangka panjang kepada Malaysia.
"Ambil contoh isu populasi menua, ini adalah sesuatu yang saya harap lebih banyak dibincangkan oleh pihak kerajaan dan pembangkang, sama ada di perhimpunan seperti Turun Anwar atau di Parlimen," katanya.
Bekas Menteri Ekonomi itu mengakui, politik secara tradisinya banyak berkisar kepada usaha menukar kerajaan dan perebutan kuasa, menyebabkan banyak parti politik terperangkap dalam kitaran tersebut.
"Saya berharap mereka sedar bahawa sesiapa pun yang mendapat kuasa, perlu menangani cabaran besar ini. Orang awam berhak mendapat yang lebih baik, kita perlu dengar lebih banyak tentang bagaimana perancangan untuk menyelesaikan isu ini," katanya.
Rafizi menegaskan, tanpa penyelesaian konkrit terhadap isu jangka panjang, sandiwara politik harian tidak membawa makna kepada rakyat biasa yang hanya mahu meneruskan kehidupan.
Bagi beliau, kerajaan dan pembangkang sebaiknya perlu tampil dengan penyelesaian konkrit kepada isu jangka panjang yang dihadapi rakyat yang mana akan menarik minat ramai pengundi atas pagar dan majoriti rakyat.
Semalam, kira-kira 18,000 peserta Himpunan Turun Anwar anjuran pembangkang dilaporkan mula memenuhi kawasan pekarangan Kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman seawal jam 7 pagi.
Kebanyakan peserta mengenakan pakaian serba hitam yang tertera perkataan ‘Turun Anwar’ serta memakai lilitan kain putih di kepala sebagai simbol solidariti.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail dalam satu kenyataan berkata, himpunan yang berlangsung di sekitar ibu negara tersebut berjalan dalam keadaan aman dan terkawal, tanpa sebarang insiden yang mengganggu ketenteraman awam.