MALAYSIA
Himpunan Turun Anwar: Poster ‘Hamzah For PM’ curi tumpuan
Peserta perhimpunan berkata, poster-poster tersebut tidak mewakili pendirian rasmi penganjur himpunan, sebaliknya dibawa oleh peserta atas inisiatif sendiri. - Gambar/ Media sosial
KUALA LUMPUR: Kain rentang tertera tulisan “Hamzah For PM” mencuri perhatian ketika himpunan 'Merayakan Demokrasi; Himpunan Turun Anwar' berlangsung di ibu negara pada petang Sabtu.
Ringkasan AI
Beberapa peserta ketika berarak dari kompleks beli-belah SOGO menuju ke Dataran Merdeka, menyatakan sokongan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin untuk diangkat sebagai calon Perdana Menteri blok itu.
Menurut mereka, Hamzah wajar diberi peluang menerajui negara berikutan ketegasan dan kelantangannya dalam isu rakyat.
Hamzah turut disifatkan mereka sebagai tokoh yang berprinsip, tidak tunduk kepada tekanan luar dan berani menegur pentadbiran sedia ada secara konsisten di Dewan Rakyat.
Bagaimanapun, dakwa mereka, kewujudan poster-poster tersebut tidak mewakili pendirian rasmi penganjur himpunan yang diterajui oleh Pas, sebaliknya dibawa oleh peserta atas inisiatif sendiri.
Dalam masa sama, ada juga yang membawa gambar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai simbol nostalgia kepada era pentadbirannya, yang menurut mereka lebih stabil dari segi ekonomi dan bantuan kepada rakyat.
Setakat jam 5 petang, himpunan berlangsung aman dengan kehadiran 18,000 peserta, dan kawalan keselamatan dipantau pihak polis di sekitar kawasan Dataran Merdeka.
Jumlah itu dimaklumkan oleh Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad menerusi sidang media selepas tamat himpunan berkenaan.
Pada Khamis, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak polis memberikan kerjasama penuh bagi memastikan himpunan berlangsung dengan aman, lancar dan tanpa sebarang intimidasi.
Ringkasan AI
- Kain rentang bertulis 'Hamzah For PM' mencuri perhatian semasa perhimpunan Merayakan Demokrasi; Himpunan Turun Anwar di ibu negara, dengan beberapa peserta menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai calon Perdana Menteri kerana ketegasan dan kelantangannya.
- Poster dan gambar yang dibawa peserta, termasuk wajah Datuk Seri Najib Razak, dikatakan bukan mewakili pendirian rasmi penganjur, sebaliknya inisiatif individu yang merindui era pentadbiran terdahulu yang dianggap lebih stabil dari segi ekonomi.
- Himpunan berlangsung secara aman dengan kehadiran dianggarkan antara 10,000 hingga 15,000 orang, dan kawalan keselamatan dipantau pihak polis seperti diarahkan Perdana Menteri bagi memastikan kelancaran tanpa intimidasi.