Hina institusi diraja: Pemilik akaun Facebook 'Raja Hairun' direman dua hari

Bernama
April 13, 2023 06:29 MYT
Pemilik akaun Facebook bernama 'Raja Hairun' ditahan di Temerloh, Pahang, semalam kerana disyaki menghina institusi diraja di laman sosial.- Fail
KUALA LUMPUR: Pemilik akaun Facebook bernama 'Raja Hairun' yang ditahan di Temerloh, Pahang, semalam kerana disyaki menghina institusi diraja di laman sosial, direman dua hari bermula hari ini.
Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata permohonan reman terhadap lelaki berusia 42 tahun itu dibuat di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
Beliau berkata kes berkenaan dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam kenyataan.
-- BERNAMA
#pemilik akaun Facebook #Raja Hairun #direman #Polis Diraja Malaysia