awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hina Islam: Menteri bagi peringatan, jangan main bab agama

Astro Awani
Astro Awani
16/07/2022
09:52 MYT
Hina Islam: Menteri bagi peringatan, jangan main bab agama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Idris Ahmad memberi peringatan kepada semua pihak supaya tidak melakukan sebarang penghinaan terhadap agama Islam. - Gambar fail/BERNAMA
MARAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Idris Ahmad memberi peringatan kepada semua pihak supaya tidak melakukan sebarang penghinaan terhadap agama Islam.
Tambah Idris, beliau berharap perkara seperti ini tidak berulang kerana bimbang keharmonian dan keamanan yang dicapai rakyat pelbagai kaum boleh terjejas.
Beliau berkata, umat Islam khususnya orang Melayu cukup sensitif dengan isu agama, dan mereka sanggup berkorban untuk mempertahankannya.
"Saya nak mengingatkan bahawasanya dalam soal bab-bab ini jangan main bab agama, tu saya memberikan peringatan.
“Bab agama ni sensitif pada orang Melayu… tu kena ingat, jangan main-main bab agama ni, bab agama bab yang sensitif pada orang Melayu.
“Jangan usik bab agama, kadang-kadang kita tahu dia sembahyang pun tidak, tapi bab akidah bab agama jangan sentuh dia walaupun tak mari (hadir) masjid.. (tapi) kalau ada orang nak bakar masjid, dia akan pertahan masjid… ni orang Melayu kita," katanya.
Tambah Idris, bagi umat Islam pula, gurauan menggunakan perkataan atau istilah yang merujuk kepada hal-hal berkaitan agama perlu dielakkan kerana dibimbangi boleh merosakkan akidah.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan foodbank kepada 100 orang asnaf oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (yaPIEM) di Masjid Bandar Tun Razak Jengka, dekat Maran.
Sementara itu mengulas mengenai seorang murid lelaki berusia sembilan tahun dilapor patah kaki kanannya selepas didakwa dihempas ke atas kerusi oleh seorang guru KAFA sewaktu sesi pengajaran pada 6 Julai lepas, Idris berkata, beliau menyerahkan kepada polis untuk siasatan lanjut sebelum memberikan sebarang pandangan.
Topic Berkaitan
#hina
#agama
#Idris Ahmad
#Islam
#Melayu
#sensisiviti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan