Tindakan tetap perlu diambil terhadap syarikat kasut yang didakwa mencetak logo Jata Negara di bahagian dalam kasut keluarannya walaupun telah membuat permohonan maaf secara terbuka atas kesilapan itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata tindakan tegas perlu diambil kerana lambang kebesaran negara termasuk Jata Negara mesti dihormati, selain kejadian itu adalah yang kedua selepas kejadian hina Jata Negara dalam penerbitan sebuah buku, baru-baru ini.
"Bila buat silap, ia mesti disiasat dan kalau bersalah mesti dihukum dengan setimpal. Jika tidak, mudah sangat untuk membuat silap dan kemudian minta maaf.
"Kes (hina Jata Negara dalam) penerbitan buku juga difahamkan masih dalam siasatan pihak berkuasa ...yang ini pun saya akan lihat dan majukan (kepada pihak berkaitan) supaya tindakan tegas diambil," katanya kepada pemberita selepas meninjau Kursus Pembuatan Biskut oleh Ibu Tunggal Parlimen Indera Mahkota di Gerai KRT Cenderawasih di sini, hari ini.
Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata demikian semasa diminta mengulas gambar di bahagian dalam kasut yang mengandungi Jata Negara dan surat permohonan maaf bertarikh 17 Julai daripada syarikat terlibat, yang tular di laman sosial.
Dalam pada itu, Saifuddin berkata Jabatan Penerangan sedang menghasilkan buku panduan penggunaan nama dan lambang negara yang akan diedarkan secara fizikal dan dalam talian, sebagai panduan kepada semua pihak berkaitan termasuk orang awam.
Katanya, masih ada pihak yang tidak tahu penggunaan nama dan lambang negara termasuk Jata Negara yang betul, selain ramai tidak menyedari kewujudan undang-undang khusus dalam perkara itu iaitu Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963.
"Kita juga akan menerangkan tentang penggunaan Jalur Gemilang yang betul kerana ada masa kita masih tersilap. Sebagai contoh, boleh atau tidak kita menggunakan bendera untuk dijadikan pakaian? Ini antara perkara yang masih ramai tidak pasti.
"Perkara ini akan diselidik dengan teliti. Kita menggalakkan orang untuk memperagakan bendera tetapi ia mesti dibuat dengan cara yang betul dan mematuhi etika. Ini antara perkara yang akan diterangkan dalam buku panduan tersebut," katanya.
Mengenai kursus itu, Saifuddin berkata Pejabat Ahli Parlimen Indera Mahkota akan membantu usaha yang dilakukan usahawan Maizatul Akmar Rizah Mazlan yang sedang melatih 20 ibu tunggal dalam pembuatan biskut tradisional dan kerepek.
Katanya bantuan daripada aspek modal dan pembungkusan itu akan membolehkan produk yang dihasilkan di pusat berkenaan lebih berdaya saing dan menarik perhatian lebih ramai pembeli.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 18 2020
SAIFUDDIN: Bila buat silap, ia mesti disiasat dan kalau bersalah mesti dihukum dengan setimpal. - Gambar fail/BERNAMA
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Piala Dunia Qatar: Tehran kemuka bantahan kepada FIFA
Bendera tanpa jata negara Islam itu dimuat naik ke Twitter, Facebook dan Instagram sebelum Mesyuarat Piala Dunia pada Selasa.
Dua lelaki pakai seragam pamer jata negara, pangkat milik PDRM didenda
Yang Dipertua Pertubuhan Pencegahan Jenayah dan Dadah Malaysia Roshazreel Roslan didenda RM5,000 atau penjara sebulan bagi kesalahan mempamer jata negara dan pangkat milik PDRM.
Hukuman berat perlu terhadap pelaku hina bendera, Jata Negara - Zahidi
Ambil contoh negara jiran Thailand yang mengenakan hukuman berat terhadap mereka yang menghina negara termasuk raja.
Editor buku disyaki hina Jata Negara dikesan berada di Australia
Editor buku 'Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia', Kean Wong, yang gambar kulit buku terbabit didakwa menghina Jata Negara, dikesan berada di Australia.
Hina jata negara tidak boleh dimaafkan - MBM
Pengerusi Biro Perundangan Advokasi dan Hak Asasi MBM Mohd Fared Mohd Khalid berkata perbuatan itu tidak dapat diterima sama sekali.