awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
[KOLUMNIS] Realiti 'internship' generasi digital: Kebolehpasaran graduan dalam era IR4.0
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hina Nabi: Desak ambil tindakan

Sinar Harian
Sinar Harian
24/02/2019
23:51 MYT
Hina Nabi: Desak ambil tindakan
Hampir 500 orang berkumpul di hadapan IPD Ipoh bagi mendesak lelaki hina Rasulullah segera diambil tindakan. - Foto Sinar Harian
Hampir 500 orang berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini, malam tadi, bagi mendesak lelaki warga emas yang menghina Nabi Muhammad SAW menerusi karikatur jelik segera dihadapkan ke muka pengadilan.
Keadaan itu memaksa polis menutup Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab hampir sejam bagi mengelakkan sebarang insiden berlaku sepanjang himpunan itu berlangsung bermula jam 9 malam.
Insiden yang pada mulanya ‘panas’ berjaya ditenangkan apabila Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby memberi cadangan kepada orang ramai untuk menghantar tiga wakil bagi membuat laporan polis.
Presiden Jaringan Bersatu Sahabat Perak (Jabat), Amiruddin Mohd Daud berkata, himpunan itu adalah inisiatif anak Perak yang sayangkan Islam dan menyatakan rasa tidak puas hati apabila pelakunya dibebaskan segera dengan jaminan polis dalam tempoh yang singkat.
“Kita tidak jangka seramai ini yang hadir dan ia menunjukkan bahawa isu ini sangat besar dan mendalam terhadap umat Islam. Mereka yang hadir ini berasa tidak puas hati dengan apa yang berlaku.
“Saya lihat ada sikap ‘double standard’ dalam mengambil tindakan terhadap mereka ini. Kita mohon polis dan menteri yang menjaga agama supaya tengok-tengokkan isu sensitif ini agar tidak berulang hingga menggugat keharmonian dalam negara,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
BACA: Polis tahan warga emas disyaki hina Rasulullah SAW
Menurutnya, dia juga tidak menafikan satu perhimpunan besar akan diadakan sekiranya isu itu dipandang sebelah mata.
“Kita hanya menunggu tindakan selanjutnya, sekiranya ada yang buat lebih besar kita akan turut serta. Ramai rakan-rakan memaklumkan mereka lebih bersedia, apa nak jadi, jadilah.
“Bagaimanapun, kita turut merancang untuk menghantar surat kepada Majlis Raja-Raja untuk mendengar rintihan rakyat serta serahkan sepenuhnya untuk tindakan selanjutnya (membabitkan agama Islam),” katanya.
Rabu lalu, lelaki yang menggunakan nama Facebook Foo Sing Wai yang ditahan kerana menghina Nabi Muhammad SAW menerusi Facebook telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tiga hari ditahan.
Lelaki berusia 68 tahun itu sebelum ini mencetuskan kemarahan umat Islam selepas memuat naik karikatur menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aishah.
Topic Berkaitan
#Amiruddin Mohd Daud
#berhimpun
#hina
#karikatur
#Mohd Ali Tamby
#Nabi Muhammad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan