awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong Selangor FC disyaki terlibat insiden bakar suar disambung reman
Kerajaan jangka defisit fiskal susut kepada 3.5 peratus tahun ini - Amir Hamzah
Melaka terima pelaburan lebih RM9 bilion bangunkan pusat data AI di Jasin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hisap rokok di tempat larangan, lelaki Indonesia melecur

Bernama
Bernama
04/09/2017
00:09 MYT
Hisap rokok di tempat larangan, lelaki Indonesia melecur
Badan lelaki berusia 21 tahun itu melecur 50 peratus. -Gambar hiasan
Gara-gara menghisap rokok di stor bahan mudah terbakar, seorang pekerja Indonesia melecur dalam kebakaran pada Ahad di sebuah tapak pembinaan di Jalan Lubok Graji, Ulu Pakan, 55km dari sini.
Selain menyebabkan badan lelaki berusia 21 tahun itu melecur 50 peratus, kebakaran itu turut menyebabkan sebuah bengkel lori rosak 40 peratus dan tiga unit rumah pekerja musnah 100 peratus.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin, mangsa telah dikejarkan ke Klinik Kesihatan Nanga Wak oleh rakan-rakan sekerja untuk mendapatkan rawatan.
"Maklumat awal melalui saksi di lokasi memaklumkan ada aktiviti pekerja merokok di kawasan stor penyimpanan minyak.
"Tong penyimpanan cecair pelarut (thinner) bocor tanpa disedari dan api dari puntung rokok telah menyambar cecair itu lalu menyebabkan kebakaran," katanya ketika dihubungi.
Pihaknya menerima laporan mengenai kebakaran tersebut pada 10.09 pagi dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor digerakkan dan tiba di lokasi 11.32 pagi.
Operasi memadam kebakaran tamat pada 1 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#API
#bomba
#Indonesia
#kebakaran
#melecur
#rokok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan