Hishammuddin bertemu rakan sejawat di Abu Dhabi

Bernama
Februari 8, 2021 13:45 MYT
Hishammuddin dijadual mengadakan mesyuarat dengan rakan sejawatnya dari UAE malam ini berhubung kerjasama dua hala. - Gambar fail/ Wisma Putra
KUALA LUMPUR: Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melakukan lawatan rasmi ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) atas undangan Menteri Hal Ehwal Luar dan Kerjasama UAE Sheikh Abdullah bin Zayed bin Sultan Al Nahyan.
Kenyataan Kementerian Luar hari ini memaklumkan Hishammuddin dijadual mengadakan mesyuarat dengan rakan sejawatnya dari UAE malam ini berhubung kerjasama dua hala serta isu serantau dan antarabangsa yang membabitkan kepentingan bersama kedua-dua negara.
Lawatan itu dilakukan setelah berakhirnya lawatan rasmi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Indonesia yang berlangsung dengan pematuhan sepenuhnya terhadap prosedur operasi standard (SOP) ketat COVID-19 seperti ditetapkan kerajaan UAE.
-- BERNAMA
#Hishammuddin Hussein #Abu Dhabi #lawatan rasmi #UAE #undangan #mesyuarat #kerjasama #negara #Hubungan dua hala