KUALA LUMPUR:Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, akan kembali bertugas di Wisma Putra esok selepas selesai menjalani kuarantin wajib sejak pulang daripada membantu jentera Pilihan Raya (PRN) Sabah baru-baru ini.
Dalam satu catatan di Facebooknya, Ahli Parlimen Sembrong itu, berkata dia sudah dilepaskan daripada kuarantin di kediaman sendiri selepas tiga ujian saringan COVID-19 terhadapnya didapati negatif.
Katanya, beliau telah menjalani ujian pada 22 dan 28 September serta 4 Oktober lalu.
Ujarnya, sebelum ini, beliau telah diarahkan menjalani kuarantin selepas dikenal pasti menjadi antara kontak rapat calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pitas, Sufian Abdul Karim yang positif COVID-19.
“Susulan daripada tiga ujian saringan yang menunjukkan keputusan negatif ini, KKM (Kementerian Kesihatan) melalui Pejabat Kesihatan Daerah Petaling telah mengeluarkan surat yang mengesahkan bahawa hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak mereka, mendapati status kesihatan saya memuaskan.
“…sekali gus memberikan 'Pelepasan Dari Menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah Kediaman Bagi Kontak Terdekat Jangkitan (COVID-19) Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)' kepada saya bermula dari tarikh hari ini, Isnin, 5 Oktober 2020,” katanya dalam catatan itu.
Dengan pengesahan itu, Hishammuddin berkata, beliau akan kembali menjalankan tugas di pejabatnya esok.
BACA: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri positif COVID-19
Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, disahkan menjadi pemimpin negara terbaharu disahkan positif COVID-19.
Dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook peribadinya, Dr Zulkifli berkata, beliau kini menjalani rawatan.
Firdaus Azil
Mon Oct 05 2020
Tiga kali ujian negatif, Hishammuddin dapat pelepasan kuarantin wajib hari ini.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.
Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.
Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.
'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.
Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.
'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.
PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.
Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.
Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.
Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.