awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hishammuddin kesal ada pihak melabelnya pemimpin lembik

Bernama
Bernama
19/10/2013
09:44 MYT
Hishammuddin kesal ada pihak melabelnya pemimpin lembik
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang bertanding mempertahan jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan hari ini melahirkan rasa kesal terhadap sesetengah pihak yang berterusan melabelnya sebagai pemimpin lembik terutama ketika menerajui Kementerian Dalam Negeri.
Hishammuddin yang juga pemangku Menteri Pengangkutan berkata tuduhan yang dilempar terhadap beliau itu jelas tidak berasas dan berkemungkinan mempunyai sebab tertentu sehingga menimbulkan rasa tidak adil terhadap dirinya.
"Jauh sekali saya lembik. Kalau lembik, negara sudah huru-hara. Kalau lembik, tidak mungkin saya bawa pindaan perlembagaan kepada parti.
"Kalau lembik, tidak mungkin saya dapat bertahan selama lima tahun bersama KDN, melalui pilihan raya umum ke-13 lepas dalam keadaan aman dan selamat, dan tidak mungkin dapat melalui pemilihan parti pada hari ini," katanya ketika berucap pada mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Sembrong, di Sekolah Menengah Sains Sembrong, di sini Sabtu.
Sebanyak 481 anggota perwakilan bahagian itu menghadiri mesyuarat berkenaan.
Turut hadir tanda memberi sokongan kepada beliau ialah isterinya, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah, anak sulung beliau yang sarat mengandung, Nasya Alyssa, dan suami Muhd Anas Zawawi Khalid, serta adik beliau Faris Tun Hussein.
Hishammuddin berkata memang mudah bagi pihak tertentu menuding jari terhadapnya, namun beliau lebih suka mengambil pendekatan menangani ujian dan cabaran ini dengan memberikan penjelasan kepada para perwakilan bagi membolehkan mereka menilai rekod perkhidmatannya.
Beliau berkata sebagai orang yang berada di landasan yang benar, beliau yakin para perwakilan terutama anggota perwakilan Sembrong memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadapnya.
"Ketika berlaku pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, saya sekeluarga berkampung di sana selama tiga minggu bagi memastikan keadaan selamat. Itu pun orang kata saya lembik lagi ke?" katanya.
Dalam pada itu, Hishammuddin sebagai Ketua Umno Bahagian Sembrong, mengingatkan anggota perwakilan bahagian itu supaya sentiasa bersatu dan beliau turut menyatakan rasa puas hati proses pemilihan parti di bahagian itu berjalan lancar.
Beliau turut mengingatkan Ketua Wanita dan Ketua Pemuda bahagian itu, Noraslina Zainal Abidin dan Onn Hafiz Ghazi yang memenangi jawatan masing-masing pada pemilihan sayap parti minggu lepas, supaya sentiasa bersedia berdepan dengan kritikan.
Ketika ditemui pemberita, Nasya Alyssa berkata beliau hadir untuk memberikan suntikan semangat kepada bapanya.
"Memang penat tetapi tidak mengapa kerana saya pun jarang mengikuti majlis politik sebegini," katanya yang hamil tujuh bulan.
Nasya Alysaa dan Muhd Anas Zawawi, anak sulung Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, suami Datuk Siti Nurhaliza, bernikah pada November tahun lepas semasa berlangsungnya perhimpunan agung Umno.
Hishammuddin sebelum itu berseloroh dengan para perwakilan bahawa beliau tidak sabar mahu menjadi 'datuk', menunggu kelahiran cucu sulungnya.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
#Menteri Pertahanan
#Naib Presiden UMNO
#Pemilihan UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan