SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meluluskan permohonan syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) bagi melaksana perkhidmatan Sistem Pengurusan Permohonan Visa (SPPV) 'One Stop Center' di China untuk tempoh konsesi selama tujuh tahun.
Bekas Penolong Setiausaha di Bahagian Hal Ehwal Imigresen, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Djuliana Jamaludin berkata, Hishammuddin telah meluluskan permohonan UKSB pada 1 Okt 2011.
"Saya telah diarahkan oleh bahagian saya (Hal Ehwal Imigresen) untuk menyediakan Kertas Pertimbangan bagi mendapatkan kelulusan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Seri Hishammuddin berkenaan dengan permohonan UKSB untuk melaksanakan SPPV 1 Stop Center di Republik Rakyat China (China) secara 'Private Finance Initiative (PFI)' untuk tempoh tujuh tahun.
"Kertas pertimbangan yang bertarikh 28 Sept 2011 telah mengesyorkan beberapa cadangan tindakan kerajaan," katanya ketika membacakan penyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Zander Lim Wai Keong.
Djuliana berkata, pada sekitar 2010, UKSB telah menghantar satu cadangan kepada KDN untuk menawar perkhidmatan itu di China.
"UKSB membuat cadangan tersebut melalui surat kepada menteri KDN ketika itu (iaitu) Hishamuddin bertarikh 4 Mac 2010, yang antara lainnya, menyebut 'Visa Facilitation Services' boleh membantu pejabat perwakilan Malaysia di China untuk menguruskan permohonan visa secara menyeluruh dan selamat tanpa mempengaruhi sebarang proses kelulusan.
"Dalam surat itu juga, UKSB mencadangkan perkhidmatan yang disediakan tidak melibatkan sebarang kos kepada Kerajaaan Malaysia kerana semua infastruktur perkhidmatan akan disediakan sepenuhnya oleh UKSB," katanya.
Saksi pendakwaan ke-11 itu berkata, di bahagian atas surat tersebut, terdapat catatan minit Hishammuddin iaitu 'Datuk Seri KSU/ Datuk Alias sila teliti seperti yang dilakukan untuk India - yang ini untuk China'.
"Berikutan minit YB Menteri itu (Hishammuddin), cadangan UKSB itu telah diteliti dan dikaji oleh Jabatan Imigresen terlebih dahulu sebelum dikemukakan kepada KDN untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Sebelum ini, saksi pendakwaan ketiga, Siti Jalilah Abd Manap iaitu bekas Timbalan Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Imigresen, KDN memberitahu mahkamah bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melanjutkan kontrak UKSB bagi projek Visa Luar Negara (VLN) walaupun kontrak syarikat itu masih berbaki tiga tahun lagi.
Ahmad Zahid menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri antara 2013 dan 2018.
Ahmad Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB, untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri bagi melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan OSC di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.
Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa sebagai menteri sama telah mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan US$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan di Country Heights, Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa bersambung esok. - BERNAMA
Bernama
Tue May 10 2022

Ahmad Zahid Hamidi (kanan) hadir di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini. Turut hadir memberi sokongan ialah bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo (kiri). - Gambar BERNAMA

Balak Asli | Kelantan perlu pelbagaikan sumber pendapatan selain balak
Aktiviti pembalakan di kawasan Hulu Kelantan akan terus berjalan kerana kerajaan negeri bergantung kepada hasil pembalakan. Menurut Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah beliau bersimpati dengan nasib penduduk Orang Asli di kawasannya yang terjejas dengan masalah pembalakan sejak berpuluh tahun lalu.

Nur Jazlan ada gangguan psikologi - Mohd Amar
Mohd Amar berkata ketiga-tiga menteri dari Pas menunjukkan prestasi yang membanggakan dalam kerajaan.

Niaga AWANI: Pelaburan | Unjuran separuh kedua 2022 dan cabaran utama

Niaga AWANI: Suku tahun pertama 2022

AFCON 2023 ditunda ke Januari 2024
Kejohanan itu sepatutnya diadakan di Ivory Coast pada waktu rehat kejohanan-kejohanan di Eropah tahun depan.

Bilik angkasa lepas daripada bahan kitar semula
Bilik yang dinamakan sebagai Alpha Aerospace itu, pada asalnya merupakan Bilik Pendidikan Bahasa Arab J-QAF.

AWANI Pagi: Kelebihan pertanian kendiri
#AWANIpagi berbincang isu pertanian pintar bersama Pengasas Kumpulan Penyelidikan Kejuruteraan Makanan dan Biobahan, UTM, Professor Dr Ida Idayu Muhamad.

Pasca COVID-19: Trend percutian, pelancongan semakin berubah
Sktor pelancongan dan pelancongan yang lebih inklusif dan berdaya tahan perlu dibina.

AWANI Pagi: Usahawan FELDA | Nik Agro Farm sasar pengeluaran 15,000 anak ayam kampung
#AWANIpagi membincangkan isu sekuriti makanan, antaranya agensi yang terlibat dalam agenda sekuriti makanan, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Ketua NASA dakwa China mahu tuntut bulan
China sebelum ini menyatakan bahawa ia merancang untuk menghantar angkasawan ke bulan menjelang tahun 2025.

Hishammuddin lulus permohonan UKSB laksana khidmat sistem visa selama 7 tahun - Saksi
Hishammuddin telah meluluskan permohonan Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) bagi melaksana perkhidmatan Sistem Pengurusan Permohonan Visa (SPPV) pada 1 Okt 2011.