awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hishammuddin minta media, umum tidak adili Muhammad Rizalman

Bernama
Bernama
06/07/2014
01:31 MYT
Hishammuddin minta media, umum tidak adili Muhammad Rizalman
HISHAMMUDDIN: kerajaan akan membantu melantik peguam bagi membolehkan Muhammad Rizalman mendapat pembelaan yang adil - Gambar Fail
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta kes Pegawai Waran II Muhammad Rizalman Ismail yang didakwa melakukan pecah rumah dan serangan seksual di New Zealand tidak diadili di 'mahkamah media dan umum.'
Beliau berkata tindakan itu tidak adil kepada pegawai berkenaan dan keluarganya sebelum mahkamah membuat keputusan. "Kes ini tiada kaitan dengan polemik, geopolitik atau hubungan dua hala.
"Ini berkaitan keadilan... keadilan bukan hanya kepada mangsa tetapi juga kepada tertuduh," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama pemimpin masyarakat di Seri Bendahara hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.
Hishammuddin juga berkata kerajaan akan membantu melantik peguam bagi membolehkan Muhammad Rizalman mendapat pembelaan yang adil.
"Pulangnya (Muhammad Rizalman) ke New Zealand akan bersama pegawai dari pihak Angkatan Tentera Malaysia, seorang peguam yang kita akan bantu lantik dan pegawai-pegawai dari Pejabat Peguam Negara," katanya.
Muhammad Rizalman, 38, bekas pembantu staf pertahanan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand didakwa melakukan pecah rumah dan serangan seksual dengan niat untuk merogol seorang wanita 21 tahun pada 9 Mei lepas.
Pada majlis itu, Hishammuddin menyampaikan sumbangan baju kurung dan wang tunai kepada 48 penghuni Kompleks Anak Yatim Fatimah Az-Zaharah.
Topic Berkaitan
#Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
#Pegawai Waran II Muhammad Rizalman Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan