Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pihaknya akan mengkaji pendekatan Operasi Fajar (Op Fajar) yang diguna pakai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menyelamatkan kapal dagang Malaysia pada 2008 untuk diterap dalam modul operasi ESSCOM.
Hishammuddin berkata pendekatan Op Fajar dilihat amat relevan dan sesuai untuk memperkasa pengoperasian ESSCOM iaitu Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah untuk menghadapi ancaman lanun dan ancaman merentas sempadan.
Katanya kejayaan misi Op Fajar membabitkan pasukan khas ATM dianggotai pasukan udara dan laut serta Gerup Gerak Khas menyelamatkan dua kapal dagang Malaysia yang ditawan lanun Somalia di perairan Teluk Aden, seharusnya dijadikan contoh oleh ESSCOM untuk memantapkan kawalan keselamatan mereka.
"Modul Op Fajar kalau kita hendak terjemahkan pada pengoperasian di Sabah ia merupakan sesuatu yang tepat terutama untuk kita hadapi pelbagai ancaman seperti ancaman lanun, pembunuhan serta penculikan yang berlaku di Semporna (Sabah), baru-baru ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku Coffee Table Book Op Fajar berjudul 'The Malaysian Success Story in The Gulf of Aden' di Dewan Perkasa, Wisma Perwira, di sini, hari ini.
Beliau menjelaskan pelaksanaan modul Op Fajar memerlukan komitmen semua pihak termasuk orang ramai untuk menjayakannya dan ia tidak terletak di bahu pasukan keselamatan sahaja.
Polis Diraja Malaysia dan ATM akan digerakkan bersama dalam melaksanakan Op Fajar di kawasan pengawasan ESSCOM dan segala bentuk pengoperasian dan strategi akan dijalankan secara bersama, katanya.
Misi Op Fajar yang dijalankan pada 28 Ogos 2008 bertujuan menyelamatkan dua buah kapal Syarikat Perkapalan Antarabangsa Malaysia Berhad (MISC Berhad) yang ditawan lanun Somalia pada 19 Ogos 2008 dan ekoran kejadian itu kerajaan telah memutuskan setiap kapal dagang Malaysia yang melalui Teluk Aden akan diiringi kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Sehingga kini TLDM telah mengiringi 479 kapal dagang Malaysia yang dilaksanakan oleh 2,244 pegawai dan anggota TLDM.
Hishammuddin berkata langkah Malaysia yang menjadi perintis kepada pelaksanaan Op Fajar turut dikagumi masyarakat antarabangsa malah ada negara lain yang berminat menjadikan Malaysia sebagai contoh dalam menjalankan Op Fajar.
Katanya, negara seperti China telah menyatakan minat untuk mencontohi Malaysia dalam mengiringi kapal dagang yang melalui Teluk Aden dan ia merupakan suatu perkara yang patut dikagumi.
Astro Awani
Tue Nov 19 2013
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Ingkar SOP: 60 premis diarah tutup serta merta, ini tumpuan kenyataan media Hishammuddin
Pada 11 Ogos 2021, sebanyak 918 SJR telah dilaksanakan di seluruh negara.
COVID-19: PKPD di 9 lokaliti di Sabah, Terengganu dan Pahang
Hishammuddin Hussein memaklumkan keputusan itu dibuat setelah meneliti pembentangan oleh KKM mengenai penilaian risiko dan trend jangkitan.
#GarisMasa: Pelbagai kejadian menarik, curi tumpuan sepanjang Julai 2021
SYUKUR, bangga, sedih, bosan, gembira, terkejut dan berdebar. Itu antara perasaan yang dihadapi seluruh rakyat Malaysia ketika ini, khususnya sepanjang Julai tahun ini.
Belanjawan 2021: Wisma Putra akan manfaat peruntukan demi pertahan kepentingan Malaysia
Beliau berkata peruntukan itu juga akan digunakan untuk mengukuhkan peranan Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.
Malaysia alu-alukan pengratifikasian ke-50 Triti Pengharaman Senjata Nuklear
Malaysia mengalu-alukan pengratifikasian ke-50 Triti Mengenai Pengharaman Senjata Nuklear (TPNW).
China setuju tambah pembelian produk sawit hingga 2023
Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk mempromosikan syarat kelestarian produk minyak sawit yang mematuhi label MSPO dan label makanan hijau.
Malaysia tentang pelan haram Israel terhadap Palestin
Malaysia menentang pelan haram dan unilateral oleh rejim Israel untuk melaksanakan rancangan pengilhakan sebahagian wilayah Palestin yang diduduki di Tebing Barat.
Sabah tetap milik Malaysia sampai bila-bila - Hishammuddin
Malaysia tidak akan mengiktiraf dan memenuhi sebarang tuntutan negara asing ke atas Sabah, tegas Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Dua kategori rentas sempadan dimuktamadkan antara Malaysia-Singapura
SOP yang akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat itu melibatkan ahli-ahli perniagaan dan mereka yang berurusan antara negara.
62 jemaah tabligh terkandas di India selamat tiba di KLIA
Seramai 62 jemaah tabligh yang terkandas di India sejak Mac lalu akibat pandemik COVID-19 selamat tiba di tanah air awal pagi Sabtu.