Hishammuddin nafi khabar angin akan letak jawatan

Astro Awani
Jun 3, 2015 03:21 MYT
HISHAMMUDDIN: Spekulasi itu sebagai "putar belit negatif" oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. -Gambar fail
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan desas-desus kononnya beliau akan meletak jawatan daripada Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam satu kenyataan pendek di Twitter, Hishammuddin mengatakan spekulasi itu sebagai "putar belit negatif" oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

No i am not - "negative spin"by some irresponsible people a href="https://twitter.com/Nessie43">@Nessie43: H2O Are you really leaving Sir? What will they all do without you..

— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) June 3, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Hishammuddin membuat kenyataan itu sebagai menjawab satu pertanyaan daripada seorang pengikutnya di Twitter yang bertanya apakah benar beliau akan letak jawatan.
Desas-desus peletakan jawatan itu mula tersebar sejak Selasa melalui beberapa tulisan sekurang-kurangnya oleh dua orang blogger politik.
Khabar anginnya ialah Hishammuddin dikatakan akan letak jawatan dalam masa 48 jam iaitu sebelum Khamis, diikuti oleh seorang menteri lain.
Ia susulan reaksinya kepada laporan tentang "kata dua" yang diberikan oleh Perdana Menteri kepada jemaah menterinya dalam mesyuarat kabinet minggu lalu.
Najib dilapor Utusan Malaysia yang memetik sumber sebagai meminta anggota jemaah menteri untuk bersama-sama beliau berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau letak jawatan.

Stuju dgn syarat 1)Rationalisasi 1MDB 2)Akauntabiliti sekiranya ada salah 3)Ketelusan 1)&2) di atas a href="https://twitter.com/501Awani">@501Awani: 1MDB: Letak jawatan jika..

— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) June 1, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ini adalah kali kedua Hishammuddin memberikan reaksi berhubung desas-desus kedudukannya dalam kabinet melalui Twitter.
#Hishammuddin Tun Hussein #letak jawatan #nafi #putar belit