Hishammuddin sahkan ada tembakan di Lahad Datu

Azyyati Ahmad
Mac 1, 2013 05:21 MYT
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien telah mengesahkan di dalam Twitternya yang pihak berkuasa Malaysia di Lahad Datu telah diserang dengan tembakan.
Namun begitu keadaan masih terkawal dan pihak berkuasa belum melepaskan apa-apa tembakan balas.
Menurut laporan Bernama, tembakan didengari di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah yang menjadi tempat kumpulan penceroboh selatan Filipina berkampung.

Lahad Datu :keadaan masih terkawal sepenuhnya. Mereka masih D kepung-pihak berkuasa belum melepaskan apa2 timbakan balas. Sama kita berdoa!

— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) March 1, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Lahad Datu - I comfirm that our security forces have not taken a single shot but were shot at at 10am this morning !

— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) March 1, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ia berikutan tindakan pihak keselamatan Malaysia memasuki kawasan itu dipercayai untuk memulakan operasi menahan mereka setelah beberapa siri rundingan gagal dan tempoh pengusiran berakhir.
Pada 12 Februari lalu, lebih 100 lelaki bersenjata yang memakai pakaian celoreng tentera mendarat di pantai Lahad Datu dengan sebuah bot.
Kumpulan itu menuntut supaya mereka diiktiraf sebagai tentera diraja Sultan Sulu dan enggan warga asal Sulu di Sabah dihantar pulang ke Filipina.
Mereka berkampung di Lahad Datu sejak dua minggu lepas.
Sila lihat Najib: Penceroboh Lahad Datu sepatutnya terima tawaran Malaysia
#Felda Sahabat 17 #kampung tanduo #Lahad Datu #penceroboh selatan Filipina