awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hishammuddin: Tiada unsur mencurigakan dalam simulator Kapten Zaharie, KPN akan sahkan

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
29/03/2014
07:24 MYT
Hishammuddin: Tiada unsur mencurigakan dalam simulator Kapten Zaharie, KPN akan sahkan
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini berkata tiada apa-apa yang mencurigakan ditemui di dalam simulator milik juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah.
Namun demikian, beliau tidak mengesahkan perkara itu kerana menurutnya pengesahan harus datang daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
“Apa yang saya tahu, tiada apa-apa yang mencurigakan daripada simulator itu tetapi ini perlu disahkan oleh Ketua Polis Negara kerana dari hari pertama lagi , beliau dan pihak polis kita bekerjasama rapat dengan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI),” katanya semasa satu sidang media.
Simulator itu diambil dari kediaman Zaharie di Shah Alam oleh sepasukan polis dari Bukit Aman pada 15 Mac lepas.
Pada 19 Mac, Khalid dilapor berkata data di dalam simulator milik Zaharie merupakan log data daripada tiga jenis permainan penerbangan yang didapati telah dipadamkan pada 3 Februari.
Tiga permainan berkenaan ialah “flight simulator X”, “flight simulator 9” dan “X flight 10”.
FBI turut dilaporkan akan melengkapkan analisis data daripada simulator penerbangan milik juruterbang dalam sehari dua ini.
Selain itu, Hishammuddin turut berkata empat faktor utama di dalam penyiasatan kes kehilangan pesawat MH370 telah dibincangkan secara terperinci bersama agensi-agensi risikan antarabangsa yang lain.
“Empat faktor tersebut telah dibincangkan dan dibincangkan secara terperinci semasa topik perbincangan berkaitan pasport palsu.
“Supaya berlaku adil kepada agensi-agensi risikan yang telah bekerjasama rapat dengan pihak polis, apabila agensi-agensi tersebut selesa untuk memberikan butiran lanjut kepada orang awam, Khalid akan berbuat demikian,” katanya.
Pada 11 Mac, Khalid berkata pihak polis sedang memberi tumpuan kepada empat faktor utama di dalam penyiasatan kes kehilangan pesawat MH370.
Empat faktor tersebut adalah kemungkinan rampasan pesawat, sabotaj, masalah psikologi penumpang serta anak kapal dan masalah peribadi mereka.
Topic Berkaitan
#Hishammudin Hussein
#MH370
#simulator
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan