awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga lebih 20,000 barangan makanan, minuman di Jepun meningkat pada 2025
[TERKINI] Najib didapati bersalah empat kes rasuah dana 1MDB
[TERKINI] Kes 1MDB: Najib didapati bersalah pertuduhan salah guna kedudukan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hishamuddin puji tindakan pantas ATM bantu mangsa banjir Pulau Pinang

Dania Zainuddin
Dania Zainuddin
05/11/2017
05:38 MYT
Hishamuddin puji tindakan pantas ATM bantu mangsa banjir Pulau Pinang
Menurut Menteri Pertahanan, seawal jam 3 pagi lagi, pasukan pemantau 509 Askar Wataniah sudah digerakkan untuk membantu mangsa. - Foto Bernama
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein meluahkan rasa bangga dengan tindakan pantas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membantu mangsa-mangsa banjir di Pulau Pinang.
Katanya, seawal jam 3 pagi lagi, pasukan pemantau 509 Askar Wataniah sudah digerakkan untuk membantu mangsa.
Setakat ini, anggota dan aset Angkatan Tentera Malaysia sudah berjaya memindahkan penduduk di beberapa kawasan terjejas termasuk di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Tengah, Zon Barat Daya dan Zon Timur Laut.
Selain itu, pihak ATM juga melakukan pembersihan laluan terhalang dan membantu operasi pembersihan di kawasan-kawasan terjejas.
Hampir keseluruhan kawasan rendah di Pulau Pinang dinaiki air setinggi 0.2 meter hingga 1 meter berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan paras air sungai meningkat dan bertembung dengan kejadian air pasang di laut mengakibatkan limpahan air berlaku dengan pantas.
Cuaca buruk dan banjir kilat yang melanda Pulau Pinang sejak Sabtu itu, setakat ini telah meragut tiga nyawa.
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#banjir
#Hishamuddin Hussein
#pulau pinang
#Seberang Perai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan