PUTRAJAYA: Yakin perpaduan sebagai tonggak negara ke arah kemajuan dan kemakmuran, kini rakyat Malaysia akan diberi kesedaran bukan sahaja tentang lima prinsip Rukun Negara tetapi juga lima cita-cita yang didukung dalam ikrar itu.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata selari dengan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023 iaitu "Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan", program Eksplorasi Rukun Negara dilancarkan baru-baru ini bagi meningkatkan penghayatan Rukun Negara sebagai ejen penyatupaduan rakyat Malaysia selain menyemai rasa cinta kepada negara.
"Sambutan HKHM tahun ini lebih bermakna kerana Jemaah Menteri pada 25 Julai lepas telah meluluskan cadangan supaya sesi lafaz ikrar Rukun Negara dibaca penuh bermula dengan mukadimah dan diikuti dengan lima prinsip Rukun Negara," katanya kepada Bernama.
Lima cita-cita Rukun Negara ialah mencapai perpaduan yang lebih erat; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta sebuah masyarakat adil agar kemakmuran negara dinikmati bersama; menjamin satu cara liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai corak; dan membina satu masyarakat progresif yang mencapai kemajuan dalam bidang sains dan teknologi.
Aaron berkata lafaz ikrar Rukun Negara yang dibaca penuh akan dilaksanakan dalam program-program rasmi kerajaan, semasa majlis perhimpunan di sekolah, majlis pembukaan Dewan Rakyat dan Dewan Negara, selain akan diperhebat dalam kalangan masyarakat.
Aaron berkata pentingnya mempromosikan Rukun Negara bagi menerangkan kepada rakyat terutamanya generasi muda makna yang tersurat dan tersirat dalam Rukun Negara supaya mereka menghayati erti sebenar ikrar itu.
"Rukun Negara perlu dihayati dan difahami bersama-sama Perlembagaan Persekutuan yang menjadi tunjang kepada perpaduan dalam kepelbagaian etnik, kaum dan agama.
"Penghayatan Rukun Negara bukan sahaja menyuntik semangat patriotisme, malah turut menyuburkan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum, bangsa dan agama," katanya.
Aaron menekankan bahawa perpaduan merupakan kata kunci utama bagi memastikan Malaysia terus maju, berdaya saing serta dasar-dasar kerajaan termasuk kerangka Malaysia MADANI dapat dilaksanakan dengan jayanya.
"Kepentingan generasi muda tidak dapat disangkal kerana mereka merupakan satu daripada ejen kepada perubahan dalam membentuk sebuah negara yang berupaya dan berintegrasi. Golongan ini juga mampu menjadi adiwira dalam mengukuhkan semangat perpaduan," katanya.
Aaron berkata KPN komited mendekati generasi muda dengan pelaksanaan pelbagai program yang relevan antaranya Debat Perpaduan, Pantun Perpaduan dan Simposium Pendidikan Rukun Negara bagi meningkatkan kesedaran anak muda untuk terus menghayati kepentingan perpaduan antara kaum.
Selain Eksplorasi Rukun Negara, Kementerian Perpaduan Negara dan agensi di bawahnya giat mempromosikan dan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti sejak awal bulan ini bagi menyemarakkan sambutan HKHM 2023.
Antaranya ialah Eksplorasi Merdeka melibatkan pelbagai koleksi yang dipamerkan di muzium, pameran Malaysia Tanah Airku yang mempamerkan sejarah dan kenegaraan serta Sambutan Anak Merdeka bagi meraikan mereka yang lahir pada tarikh keramat negara.
Turut diadakan ialah kuiz sejarah dan patriotisme bagi menguji sejauh mana tahap pengetahuan para pelajar dalam mengenal sejarah kemerdekaan negara dan program sanggar puisi memandangkan ia merupakan wadah bagi pembentukan identiti, budaya dan jati diri bagi sesuatu bangsa.
Kementerian itu akan turut terlibat dalam perarakan pada 31 Ogos nanti dengan penyertaan 400 orang berbusana pelbagai etnik dan budaya,
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 20 2023
AARON: Sambutan HKHM tahun ini lebih bermakna kerana Jemaah Menteri pada 25 Julai lepas telah meluluskan cadangan supaya sesi lafaz ikrar Rukun Negara dibaca penuh bermula dengan mukadimah dan diikuti dengan lima prinsip Rukun Negara. - Foto BERNAMA
Kerajaan Persekutuan lulus peruntukan beli pam baharu untuk petani, pesawah di Kelantan
Kerajaan Persekutuan meluluskan sejumlah peruntukan untuk membeli pam-pam baharu bagi kegunaan para petani dan pesawah di Kelantan.
Permohonan tajaan MARA dibuka 7 Mei - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka permohonan bagi penajaan pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Sarjana) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di dalam dan di luar negara pada Selasa ini (7 Mei).
Beri ruang dan masa untuk Speedy Tigers berwajah baharu - Sarjit
Sarjit menyeru rakyat Malaysia untuk memberi masa dan ruang kepada Speedy Tigers berwajah baharu untuk berkembang menjadi pasukan yang kuat menjelang edisi ke-30 Piala Sultan Azlan Shah.
Akhyar cedera dipercayai disamun
Akhyar Rashid cedera di kepala selepas dipukul dan menjadi mangsa samun, malam tadi.
Proton sasar tambah baik kualiti pengeluaran bagi tingkatkan keyakinan pelanggan
Proton akan menambah baik kualiti pengeluaran mereka menerusi pengurangan peratusan markah Audit Produk Pelanggan Global (GCPA).
PAC2024 : Lenggong lokasi pertama, tawar produk pelancongan menarik
Lenggong dipilih menjadi lokasi pertama penganjuran PAC 2024 dalam usaha memperkenalkan produk sedia ada di Lenggong Geopark yang bakal diangkat sebagai UNESCO Global Geopark.
SUKMA: Sarawak mahu guna kelebihan sebagai tuan rumah untuk muncul juara
Sarawak mahu menggunakan kelebihan sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) tahun ini untuk muncul sebagai juara temasya sukan dwi-tahunan itu.
Guna mesin layan diri IPR, pendapatan suami isteri lonjak lima kali ganda
Sepasang suami isteri tidak menyangka maklumat yang diperoleh daripada Facebook mengenai IPR membantu mereka meraih pendapatan hampir lima kali ganda.
Mahkamah tolak saman pegawai khas AG terhadap Rewcastle-Brown
Mahkamah Tinggi menolak saman fitnah yang difailkan oleh iaitu Mabel Sheela Mutthiah terhadap Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.
Suspek abai penumpang ketika kapal terbakar dihukum penjara
Penantian lima tahun buat keluarga mangsa bot penyelam Conception untuk melihat suspek yang bertanggungjawab mengabai serta menyebabkan kematian 34 penumpang berakhir dengan keadilan buat mereka.
Kapten Jerry Boylan, 70 tahun dihukum penjara 10 tahun selepas terjun ke laut bagi menyelamatkan diri sendiri bersama empat anak kapal lain dalam kejadian kebakaran ngeri yang berlaku pada jam 2 pagi di Pelabuhan Platt berhampiran Pulau Santa Cruz, Santa Barbara.
Kapten Jerry Boylan, 70 tahun dihukum penjara 10 tahun selepas terjun ke laut bagi menyelamatkan diri sendiri bersama empat anak kapal lain dalam kejadian kebakaran ngeri yang berlaku pada jam 2 pagi di Pelabuhan Platt berhampiran Pulau Santa Cruz, Santa Barbara.
Amalkan prinsip Rukun Negara utuhkan perpaduan negara
Lima prinsip Rukun Negara bukan hanya setakat perlu dihafal dan dihayati, sebaliknya ia perlu dipraktikkan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.
Nilai budiman boleh disesuaikan dalam agenda MADANI - Pakar
Terdapat banyak persamaan seperti penekanan terhadap nilai perpaduan, keadilan, kemampanan dan kebijaksanaan dalam pembentukan insaniah.
Bapa Rukun Negara, Agoes Salim tiada lagi
Pakar ekonomi dan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara yang pertama di Malaysia, Dr Agoes Salim menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang Puteri, hari ini.
Tiada rancangan ubah struktur Rukun Negara - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara tidak merancang untuk membuat sebarang perubahan struktural kepada Rukun Negara, Dewan Rakyat diberitahu.
Hentikan tafsiran salah frasa 'liberal' dalam cita-cita Rukun Negara - Menteri Perpaduan
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang menggesa semua pihak supaya menghentikan tafsiran yang salah berhubung maksud frasa 'liberal' yang terdapat dalam cita-cita Rukun Negara.
Kupas mukadimah Rukun Negara supaya jelas matlamat Rukun Negara
Fahmi meminta JaPen, Jabatan Penyiaran dan Bernama melaksanakan usaha kupasan mukadimah Rukun Negara supaya dapat memberi penerangan kepada masyarakat tentang matlamat utama rukun berkenaan.
HKHM 2023: Suburkan penghayatan Rukun Negara, asas perpaduan negara
Ia bagi meningkatkan penghayatan Rukun Negara sebagai ejen penyatupaduan rakyat Malaysia selain menyemai rasa cinta kepada negara.
Pameran Kartun 'Seiring Sejalan' jadi wadah terap semangat perpaduan - Aaron
Setiap karya itu relevan sebagai wadah komunikasi yang berkesan bagi menyalurkan mesej kesepaduan sosial sebagai pemangkin keharmonian.
Kabinet lulus memorandum agar Rukun Negara dilafaz secara penuh - Aaron
Ia perlu bermula dengan mukadimah sebelum disusuli dengan lima prinsip yang termaktub dalam Rukun Negara.
Lafaz Rukun Negara akan dibaca penuh bermula dengan mukadimah - Aaron
Aaron berkata cadangan untuk dikembalikan lafaz Rukun Negara dibaca penuh itu telah diluluskan Kabinet pada 25 Julai lepas.