MALAYSIA
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
HKI 2026 turut memberi penekanan kepada peranan ibu bapa, pendidik dan komuniti dalam membentuk persekitaran digital yang lebih selamat, khususnya untuk golongan kanak-kanak dan remaja. -Foto MCMC
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terus komited memperkukuh kesedaran masyarakat mengenai penggunaan internet secara selamat dan beretika menerusi penganjuran Hari Keselamatan Internet (HKI) 2026.
Ringkasan AI
Inisiatif tahunan yang berlangsung di Astaka Taman Tasik Titiwangsa di ibu negara pada Ahad lalu menjadi platform penting dalam mendidik pengguna agar lebih bertanggungjawab serta berwaspada ketika berdepan cabaran dunia digital yang semakin kompleks.
Pengarah Sektor Hal Ehwal Negeri MCMC, Hanita Izam Abdul Rahman berkata, penganjuran HKI 2026 memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh literasi digital merentas semua lapisan masyarakat.
“Program Hari Keselamatan Internet ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penggunaan internet secara selamat, beretika dan bertanggungjawab, khususnya dalam menghadapi ancaman siber, penipuan dalam talian serta penyalahgunaan teknologi digital,” katanya dalam Program Agenda AWANI pada Sabtu.
Menurut beliau, kesedaran itu perlu diperkasa seiring peningkatan penggunaan platform digital dalam kehidupan seharian, sama ada untuk tujuan pendidikan, perniagaan mahupun komunikasi sosial.
Katanya, HKI 2026 turut memberi penekanan kepada peranan ibu bapa, pendidik dan komuniti dalam membentuk persekitaran digital yang lebih selamat, khususnya untuk golongan kanak-kanak dan remaja.
“Penting untuk kita bina dan tanamkan semangat internet selamat itu menjadi tanggungjawab semua. Bukan kata terletak pada kerajaan atau MCMC sahaja, tetapi apa juga hantaran kita muat naik, kita tulis di internet itu adalah kekal, tidak boleh ditarik balik. Itu selalu kita tanamkan kepada kanak-kanak dan belia,” ujarnya.
MCMC memaklumkan, pelbagai pengisian dirangka sepanjang program berkenaan termasuk ceramah, bengkel interaktif serta kempen kesedaran awam berkaitan keselamatan siber.
Inisiatif itu juga bertujuan memberi pendedahan mengenai risiko jenayah dalam talian seperti penipuan kewangan, gangguan siber dan penyebaran maklumat palsu.
Hanita berkata, kerjasama strategik bersama agensi kerajaan, institusi pendidikan dan pertubuhan bukan kerajaan akan terus diperkukuh bagi memastikan mesej keselamatan digital dapat disampaikan secara menyeluruh.
Untuk rekod, sambutan HKI 2026 telah dirasmikan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang seterusnya melancarkan Kempen Internet Selamat 2026.
HKI 2026 diadakan sempena Hari Keselamatan Internet Antarabangsa yang disambut setiap tahun di lebih 170 negara bagi mempromosi penggunaan internet yang bertanggungjawab terutama dalam kalangan kanak-kanak dan golongan muda.
Ringkasan AI
- MCMC komited memperkukuh kesedaran keselamatan internet menerusi Hari Keselamatan Internet (HKI) 2026 di Astaka Taman Tasik Titiwangsa.
- Program HKI 2026 fokus pada literasi digital, ancaman siber, dan peranan ibu bapa dalam membentuk persekitaran digital selamat.
- Inisiatif termasuk ceramah, bengkel interaktif, dan kerjasama dengan agensi kerajaan bagi meningkatkan kesedaran keselamatan siber.