awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HLTF-EI capai kemajuan penting dalam beberapa bidang utama - KSU MITI

Bernama
Bernama
25/02/2025
00:15 MYT
HLTF-EI capai kemajuan penting dalam beberapa bidang utama - KSU MITI
Pasukan Petugas Peringkat Tinggi mengenai Integrasi Ekonomi ASEAN (HLTF-EI) meraih pencapaian penting dalam beberapa bidang utama khususnya dalam memajukan aspek keutamaan serantau. - Gambar Bernama
KOTA TINGGI: Pasukan Petugas Peringkat Tinggi mengenai Integrasi Ekonomi ASEAN (HLTF-EI) meraih pencapaian penting dalam beberapa bidang utama khususnya dalam memajukan aspek keutamaan serantau.
Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Hairil Yahri Yaacob berkata, ini termasuk pelaksanaan Pelan Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2025, merangka Pelan Strategik AEC 2026-2030 dan visi jangka panjang Visi Komuniti ASEAN 2045.
"Saya berharap dokumen strategik ini dapat membuka peluang untuk memastikan ASEAN kekal sebagai blok ekonomi yang berdaya tahan, berdaya saing dan dinamik dalam dunia yang semakin saling berhubung," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menganjurkan majlis makan malam bersempena dengan Mesyuarat HLTF-EI ke-47 di Desaru, dekat sini, malam tadi.
Mesyuarat itu berlangsung selama dua hari bermula hari ini di Pusat Konvensyen Desaru Coast yang bertujuan membincangkan agenda strategik, termasuk pembangunan ekonomi serantau dan global.
Mesyuarat berkenaan dijangka memperkukuh komitmen ASEAN untuk mempercepat integrasi ekonomi serantau yang lebih mampan, inklusif dan berdaya saing di peringkat global.
Selepas berakhirnya mesyuarat ini esok, Mesyuarat Persediaan Pegawai-Pegawai Ekonomi Kanan (Prep-SEOM) untuk Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) Ke-31 akan bersidang pada 26 dan 27 Februari.
Menteri-Menteri ekonomi ASEAN dijadualkan berhimpun untuk pemukiman pada 28 Februari yang akan dipengerusikan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#HLTF-EI
#Komuniti Ekonomi ASEAN
#ASEAN 2025
#Visi Komuniti ASEAN 2045
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan