awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HMS Spey UK berada di Sarawak untuk kunjungan pertama

Bernama
Bernama
23/10/2024
23:50 MYT
HMS Spey UK berada di Sarawak untuk kunjungan pertama
Lawatan kapal peronda luar pesisir Tentera Laut Diraja British, HMS Spey mencerminkan komitmen United Kingdom untuk mengukuhkan hubungan dengan Sarawak. - Foto Facebook/Suruhanjaya Tinggi British
KUCHING: Kapal peronda luar pesisir Tentera Laut Diraja British, HMS Spey melakukan lawatan pertamanya ke Sarawak selama empat hari bermula Isnin lepas bagi meningkatkan hubungan dua hala, selepas singgah di Pulau Pinang, Pelabuhan Klang, dan Kuantan.
Suruhanjaya Tinggi British di Malaysia dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, lawatan itu mencerminkan komitmen United Kingdom (UK) untuk mengukuhkan hubungan dengan Sarawak.
"Kami menyedari potensi besar dalam kerjasama antara UK dan Sarawak, dan lawatan ini adalah bukti kepada usaha tersebut," kata Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Tom Shepherd dalam kenyataan sama.
Semasa lawatan itu, Shepherd dan Pegawai Eksekutif HMS Spey, Leftenan Komander Kris White bersama-sama menganjurkan majlis makan malam di atas kapal untuk pegawai kanan politik Sarawak dan pihak berkepentingan di negeri ini.
Turut diadakan sesi pembelajaran bersama SMD Semiconductor Sarawak dan lawatan berpandu ke kapal untuk pelajar dari Sekolah Antarabangsa Yayasan Sarawak.
Kru kapal berkenaan juga berpeluang untuk menyaksikan budaya dan alam semula jadi Sarawak sebelum kapal berlayar pulang.
UK mempunyai hubungan kerjasama pertahanan yang kukuh dengan Malaysia termasuk pembabitan dalam latihan dua hala seperti Ex TIGER GOLD dan latihan maritim (PASSEX) bersama Tentera Laut Diraja Malaysia.
"Kerjasama pertahanan tersebut termasuk keanggotaan dalam Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) yang terdiri daripada UK, Malaysia, Singapura, Australia dan New Zealand," menurut kenyataan itu.
Menerusi FPDA, negara anggota mengambil bahagian dalam latihan Ex BERSAMA LIMA dan Ex BERSAMA SHIELD, yang memfokus kepada operasi bersama dalam persekitaran pelbagai ancaman dengan latihan dibentuk bagi meningkatkan keupayaan kerjasama dan mengukuhkan hubungan ketenteraan.
UK juga bekerjasama erat dengan rakan-rakan di Asia Tenggara untuk memastikan kawasan maritim yang selamat, makmur dan mampan selaras dengan Sisten Antarabangsa Berdasarkan Peraturan.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#HMS Spey
#kapal peronda luar pesisir
#Tentera Laut Diraja British
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan