awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
51 kereta musnah dalam kebakaran bengkel di Sungai Buloh
OIC akan adakan mesyuarat luar biasa mengenai Somalia pada Sabtu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Honda akan hentikan penggantian beg udara di tiga hab

Bernama
Bernama
30/12/2016
08:55 MYT
Honda akan hentikan penggantian beg udara di tiga hab
Honda Malaysia mengumumkan bahawa operasi di tiga hab perkhidmatan Honda bagi penggantian pengembung beg udara Takata akan ditamatkan esok. - Gambar fail
Honda Malaysia Sdn Bhd (Honda Malaysia) telah mengumumkan bahawa operasi di tiga hab perkhidmatan Honda (Perai, Petaling Jaya dan Johor Baharu) bagi penggantian pengembung beg udara Takata akan ditamatkan esok.
Bagi memudahkan proses penggantian untuk pelanggan, Honda Malaysia akan memperkenalkan Karavan Mudah Alih yang akan digerakkan ke seluruh negara bagi membuat penggantian serta merta, tujuh hari seminggu, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Honda Malaysia akan meningkatkan lagi operasi Hab Mudah Alihnya untuk tiga pusat membeli-belah pada setiap hujung minggu di Wilayah Tengah, Johor Bahru, Kedah dan Pulau Pinang sehingga Mac 2017.
"Sebanyak 84 pengedar Honda Service yang bertauliah di seluruh negara akan menggerakkan syarikat-syarikat bersekutu mereka untuk bertemu pelanggan yang terjejas di premis mereka sehingga Mac 2017.
"Adalah penting untuk meneruskan kesedaran bagi menggantikan pengembung beg udara terbabit untuk membantu mempercepatkan aktiviti penggantian yang dijalankan secara percuma," katanya.
Sehingga 28 Dis 2016, Honda Malaysia sudah menyelesaikan 71 peratus daripada penggantian dan memberi jaminan bahawa stok sedia ada bagi pengembung beg udara Takata di zon pemandu adalah sebanyak 100 peratus.
Stok sedia ada untuk pengembung beg udara Takata bagi penumpang hadapan mencecah kepada hampir 70 peratus pada Disember tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#beg udara Takata
#honda malaysia
#Honda Service
#Perai
#Petaling Jaya dan Johor Baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan