Honda Civic diperbaharui

Astro Publication
November 20, 2014 11:48 MYT
Honda Malaysia Sdn Bhd (HMSB) hari ini mengesahkan perincian yang diberikan kepada model Civic ‘facelift’ yang senyap-senyap telah diperkenalkan minggu lepas. Mengikut Yoichiro Ueno, ketua pegawai eksekutif HMSB, “Tambah baik dan perubahan pada Civic baharu ini adalah berdasarkan maklumbalas pelanggan dan juga daripada penilaian kami untuk apa yang pasaran mahukan.”
Faktor fizikal yang berubah dapat dilihat pada gril hadapan yang lebih agresif untuk ketiga-tiga varian Honda Civic yang dijual. Di samping itu, varian-varian yang terlibat (1.8 S, 2.0 S, dan 2.0 navi) juga diberikan tambah baik yang khusus.
Civic 1.8 S
Aloi 16 inci, pemegang pintu (dalam) yang lebih tebal dan mempunyai kualiti lebih tinggi, kunci ‘smart entry’, lampu utama automatik, cruise control, pembuka pintu krom
Civic 2.0 S
Aloi 17-inci, pemegang pintu (dalam) yang lebih tebal dan mempunyai kualiti lebih tinggi, kunci ‘smart entry’, lampu utama automatik, cruise control, pembuka pintu krom, lampu utama automatik, 6 beg udara,
Civic 2.0 Navi
Aloi 17-inci, pemegang pintu (dalam) yang lebih tebal dan mempunyai kualiti lebih tinggi dengan kemasan ‘piano black’, kunci ‘smart entry’, lampu utama automatik, cruise control, pembuka pintu krom, sistem navigasi, sambungan HDMI, MirrorLink, 6 beg udara
Yang paling menggembirakan adalah HMSB juga telah menurunkan harga untuk setiap varian-varian ini: Civic 1.8 S sekarang berharga RM113,800; 2.0 S untuk RM125,800, dan RM132,800 untuk varian 2.0 Navi. Ada juga warna baharu untuk menambah kepada pilihan sedia ada dengan warna biru (Twilight Blue). Mengikut siaran akhbar daripada Honda, waktu menunggu untuk setiap pembelian Honda Civic sekarang ini adalah 1 bulan.
Pakej pemilikan masih lagi kekal dengan waranti 5 tahun (tanpa had perbatuan). Jarak antara setiap servis adalah 10,000km.
# civic # HMSB #Honda