Honda hasilkan pelincir serba baharu

Astro Publication
November 27, 2014 06:38 MYT
Semua pusat servis Honda akan mula menggunakan pelincir terbaharu yang direka khas oleh Honda serta menepati standard yang ditetapkan American Petroleum Institute (API).
Kemajuan terbaharu membolehkan Honda untuk menghasilkan pelincir dengan kelikatan lebih rendah yang berupaya untuk memberi perlindungan dan juga menambah kelancaran enjin. Pelincir-pelincir ini sesuai digunakan untuk semua model kenderaan Honda. (Tetapi Type R dan Accord V6 sangat disarankan untuk menggunakan pelincir SN 0W-30)
Dengan perkembangan ini, pilihan minyak pelincir Honda sekarang adalah seperti berikut:
Pilihan pelincir sekarang Pilihan pelincir baharu
SL 10W-30 Mineral SN 10W-30 Mineral
SM 5W-30 Separa-sintetik SN 5W-30 Separa-sintetik
SM 0W-20 Sintetik SN 0W-20 Sintetik
SL 5W-40 Sintetik SN 0W-30 Sintetik
Serentak dengan itu, Honda Malaysia juga akan mula untuk membekalkan pelincir ini kepada pusat servis mereka di dalam bentuk pukal, bermula dengan pelincir SN 0W-20. Dengan membekalnya secara pukal, dan menggunakan hanya jumlah yang diperlukan, pembaziran dapat dikurangkan serta masalah pembuangan botol dapat diurangkan.
Langkah ini turut seiring dengan sasaran Persekitaran Global Honda iaitu Sifar emisi CO2, Sifar pembaziran, dan Sifar risiko tenaga.
Selain itu, Honda Malaysia merancang untuk menambah jumlah bilik pameran sah Honda kepada 90 menjelang tahun 2015.
# HMSB # pelincir #Honda