DREBAR

Honda Malaysia masih mampu mencapai sasaran jualan 2015

Astro Publication 04/08/2015 | 05:18 MYT
Honda Malaysia Sdn. Bhd. (HMSB) semalam melaporkan bahawa mereka masih mampu mencapai sasaran menjual 85,000 unit kenderaan bagi 2015. Ini berdasarkan jumlah yang sudah terjual, iaitu 43,597 unit bagi enam bulan pertama tahun ini.
Prestasi jualan Honda Malaysia bagi separuh pertama tahun ini turut telah menyumbang 13.5% kepada jumlah terjual oleh industri (TIV, Total Industry Volume) sehingga Jun 2015.
Bulan Mac lalu merupakan satu pencapaian hebat dan rekod baharu bagi syarikat apabila berjaya menjual 9,582 unit kenderaan. Pada waktu sama, HMSB telah berjaya menguasai 15.1% daripada bahagian pasaran.
# #Honda