KUALA LUMPUR: Sesudah tamatnya kertas peperiksaan subjek Sains Komputer hari ini, maka berakhirlah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang tertangguh sejak tahun lepas akibat pandemik COVID-19.
Pelbagai gelagat pelajar dapat disaksikan, antaranya melakukan sujud syukur, bertepuk gemuruh serta bersyukur setelah berjaya menjawab kesemua kertas peperiksaan yang sepatutnya mereka duduki tahun lepas.
Di KUALA LUMPUR, pusat peperiksaan SPM 2020 di Victoria Institution walaupun hanya 15 calon yang menduduki peperiksaan pada hari terakhir SPM 2020, namun pusat peperiksaan itu tetap gamat dengan sorakan calon menandakan berakhirnya peperiksaan utama negara itu.
Lebih mencuri perhatian, kesemua calon yang menduduki peperiksaan subjek Sains Komputer di sini, melakukan sujud syukur sebaik sahaja tamat peperiksaan itu sebagai tanda syukur dan meraikan 'perjuangan' mereka dalam SPM2020.
Bagi Syed Fikri Syaddad Syed Izwan,18, dia mengakui walaupun berasa kurang selesa dengan pemakaian pelitup muka sepanjang masa ketika menjawab peperiksaan, namun baginya itulah cabaran dalam membiasakan amalan norma baharu bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
"Rasa kurang selesa juga (pakai pelitup muka) tapi inilah cabaran dan juga satu kenangan buat kami sebagai kumpulan pertama SPM dengan pematuhan SOP (prosedur operasi standard) ketat," katanya ketika ditemui Bernama di sini.
DI NEGERI SEMBILAN, cabaran ketika menduduki peperiksaan dalam suasana norma baharu susulan pandemik COVID-19 membuatkan kebanyakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seremban 2 di sini, melipat gandakan usaha untuk menjawab peperiksaan SPM dengan lebih baik.
Ahmad Syafi Ahmad Sahfengi, 18, berkata cabaran ketika menjawab peperiksaan SPM pada tahun ini memerlukan dirinya berusaha lebih susulan banyak menghabiskan masa belajar hanya dalam talian sebelum menjelang hari peperiksaan SPM.
Muhd Afeeq Haiqal, 18, pula berkata suasana peperiksaan sememangnya berbeza tahun ini apabila tiada pelajar yang berkumpul dan berbincang selepas keluar dari dewan peperiksaan.
Di KEDAH, wakil pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid, Muhd Arman Mohd Sobri, 18, dalam ucapannya berkata dia dan rakan-rakan seperjuangannya sangat berharap agar keputusan yang akan diperolehi mampu membanggakan semua pihak.
Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan dan Pembangunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Noor Azman Abdul Rahman berkata walaupun sedang berdepan pandemik COVID-19, semua pelajar berjaya menduduki peperiksaan SPM.
"Bukan mudah untuk menduduki peperiksaan SPM kali ini kerana sejak Mac tahun lalu, pelajar tidak boleh ke sekolah. Cabaran untuk mengajar dan belajar ini sukar kerana perlu menggunakan cara pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)," katanya ketika berucap pada Majlis Kesyukuran Pengurusan SPM 2020 di Kolej Sultan Abdul Hamid di sini hari ini.
Di KELANTAN, seorang pelajar perakaunan, Alyaa Maisarah Mohd Zamani, 17, melahirkan rasa gembira SPM akhirnya sampai ke penghujung biarpun terpaksa menjawab peperiksaan mengikut SOP yang ditetapkan.
"Rasa bahagia... akhirnya semuanya tamat selepas beberapa kali ditangguhkan. Sepanjang peperiksaan memang tidak selesa perlu menjawab dalam keadaan perlu memakai pelitup separuh muka," katanya ketika ditemui di Majlis Kesyukuran Sempena Tamat SPM 2020 di SMK Salor, Kota Bharu.
Di TERENGGANU, Ketua Pengawas peperiksaan SPM di SMK Sultan Sulaiman di Kuala Terengganu, Muhammad Othman berkata antara cabaran yang dihadapi sepanjang menjaga peperiksaan pada kali ini adalah SOP yang ketat bagi mengekang penularan COVID-19 dalam kalangan calon dan pengawas.
"Sepanjang 10 tahun menjadi pengawas peperiksaan, SPM 2020 ini adalah yang paling tidak boleh dilupakan. Antara yang perlu dipatuhi adalah kami perlu memakai sarung tangan setiap kali mengedarkan kertas soalan dan perlu menukar sarung tangan yang baru setiap kali mengutip kertas peperiksaan," katanya ketika ditemui dalam Majlis Kesyukuran Sempena Tamat SPM 2020 dilaksanakan sekolah itu.
Ketua Pelajar SMK Sultan Sulaiman Muhammad Khalil Muzammil Mohamad Yusof,18, berasa bersyukur kerana akhirnya selesai menduduki SPM dan menganggapnya sebagai pengalaman yang tidak akan dilupakan kerana menjadi antara calon pertama menduduki SPM dengan norma baharu.
Di PERLIS, pelajar SMK Tuanku Lailatul Shahreen, Goh Guang Wei, 18, berkata walaupun agak tertekan apabila peperiksaan SPM ditunda sebanyak dua kali, ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus belajar.
Turut berkongsi pengalaman Amirul Azri Zamri, 18, berkata beliau bersyukur kerana akhirnya dapat menjawab kesemua tujuh kertas peperiksaan yang diduduki dan kini bercadang untuk bekerja sementara menunggu keputusan SPM.
Di PAHANG, calon SPM di SMK (LKTP) Jengka 2 Anis Zulaikha A.Mujaini, 18, turut merasa lega kerana akhirnya berjaya menamatkan sesi persekolahan selepas tidak dapat menduduki peperiksaan penting itu tahun lalu mengikut jadual asal.
"Dahulu setiap masa berdebar dan tertanya-tanya bila saya boleh mengambil SPM kerana saya mahu belajar ke peringkat lebih tinggi dan sudah tentu untuk memohon institusi pengajian tinggi memerlukan keputusan SPM. Lega juga apabila semuanya berjalan lancar dan tamat hari ini," katanya kepada Bernama.
Di JOHOR, seorang wakil pelajar Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB), Luqmanul Hakeem Mohd Nurr, 18, menyifatkan peperiksaan SPM amat mencabar baginya kerana beberapa kali tertangguh untuk menduduki peperiksaan berkenaan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian COVID-19.
Di PULAU PINANG, Ketua Pengawas Peperiksaan, Mohd Zulfadli Jusoh berkata dari segi moral para pelajar tidak terdapat sebarang masalah dan tiada yang menunjukkan tanda-tanda tekanan emosi memandangkan tidak banyak perubahan dalam pengurusan peperiksaan.
"Kalau peperiksaan sebelum ini, pelajar akan dijarakkan satu meter (m), cuma kerana SOP COVID-19, jarak itu ditambah ke 1.5m," katanya.
Di LABUAN, wakil pelajar SPM SMK Mutiara Muhd Amsyar Dzulqarnain Amirulla berkata dengan masa yang lebih mencukupi dan sistem PDPR akan membolehkan mereka memperolehi keputusan yang cemerlang.
Di PERAK, R. Ruthannie, 18, pelajar SMK Jelapang Jaya, di Ipoh, berkata beliau berasa gembira kerana akhirnya berjaya menamatkan peperiksaan itu yang tertangguh sejak tahun lepas dan berterima kasih kepada ibu bapanya kerana banyak memberi sokongan dan galakan supaya saya tidak berputus asa.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Sekolah), Datuk Adzman Talib berkata pihak Kementerian Pendidikan akan terus memantau SOP untuk pelajaryang dibenarkan menduduki peperiksaan selepas disahkan bebas COVID-19.
"Jika ada keperluan mengubah SOP yang lain, Lembaga Peperiksaan Malaysia akan meneliti, berhati-hati dan kita akan berbincang dengan Kementerian Kesihatan serta Majlis Keselamatan Negara untuk pastikan semua pelajar menduduki peperiksaan dengan cukup selamat dan kesihatan mereka terjaga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 25 2021
Pelbagai gelagat pelajar dapat disaksikan setelah berjaya menjawab kesemua kertas peperiksaan yang sepatutnya mereka duduki tahun lepas. - Bernama
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 4 Disember 2024.
Banjir: Negeri Sembilan salur RM1,000 kepada KIR
Kerajaan Negeri Sembilan menyalurkan sumbangan RM1,000 kepada setiap lebih 700 ketua isi rumah (KIR) dan RM500 kepada 40 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terjejas banjir minggu lepas.
Orang ramai beratur panjang beri penghormatan terakhir kepada Ananda Krishnan
Orang ramai mula beratur panjang seawal pukul 2 petang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Ananda Krishnan Tatparanandam di kediamannya di Brickfields.
Pelajar terkesan banjir diberi kelonggaran hadiri ujian lisan SPM - Fadhlina
Fadhlina berkata kementerian kini memberikan fokus kepada fasa pembugaran emosi bagi mempersiapkan mental pelajar yang terkesan akibat banjir menghadapi peperiksaan itu.
Banjir 2024: Calon SPM dibenar tinggal di asrama - Ruji
Calon SPM2024 yang terjejas akibat banjir dibenarkan untuk tinggal di asrama sehingga keadaan pulih bagi memudahkan mereka menduduki peperiksaan itu yang bermula hari ini hingga Februari depan.
Banjir: Tiada yang tercicir, semua calon SPM terjejas akan ditempatkan di asrama - Fadhlina
Calon SPM yang terjejas banjir dibenarkan memakai pakaian bersesuaian dan kelengkapan peperiksaan akan disediakan oleh JPN.
Calon SPM terjejas banjir boleh duduki mana-mana pusat peperiksaan - Fadhlina
Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sekolah mereka terjejas akibat banjir boleh menduduki mana-mana pusat peperiksaan yang ditetapkan.
Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM
Beliau berkata empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam, dan SMK Bukit Mentok.
Pengambilan khas isi jawatan guru di Sarawak dijangka selesai akhir tahun
Penempatan guru menerusi pengambilan khas untuk Sarawak oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dijangka diselesaikan sebelum akhir tahun ini.