NATIONAL
Hormat titah Agong, jangan sertai sebarang himpunan - KPN

RAZARUDIN: Demi menghormati titah kenyataan Yang di-Pertuan Agong dan menjaga keselamatan serta ketenteraman awam, PDRM menggesa supaya orang ramai tidak menyertai apa-apa jua perhimpunan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai untuk tidak menyertai sebarang perhimpunan dan menghormati titah Yang di-Pertuan Agong berhubung kuasa prerogatif Seri Paduka Baginda.
Ringkasan AI
- PDRM meminta rakyat tidak menyertai perhimpunan dan menghormati kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
- Permohonan pengampunan hanya boleh dibuat melalui Lembaga Pengampunan, bukan melalui perhimpunan atau saluran tidak sah.
- Rakyat digesa mendukung prinsip Rukun Negara untuk menjaga keharmonian dan kemakmuran negara.
"Justeru, semua rakyat digesa untuk sentiasa mendukung prinsip Rukun Negara khususnya Kedaulatan Undang-undang serta Kesopanan dan Kesusilaan yang merupakan pancang kepada kemakmuran dan keharmonian negara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Razarudin berkata PDRM menjunjung hormat titah Yang di-Pertuan Agong.
Istana Negara dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa permohonan pengampunan atau pengurangan hukuman bagi mana-mana banduan hendaklah dikemukakan sendiri oleh banduan berkenaan untuk dipertimbangkan Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong.
Kenyataan itu menyebut Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa prerogatif mengikut peruntukan Perkara 42(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan untuk memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya selain boleh meremit, menggantung atau meringankan apa-apa hukuman telah dijatuhkan oleh mahkamah bagi kesalahan terbabit.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami