MALAYSIA
Hormati institusi perkahwinan, elak buka aib pasangan - Zulkifli
Zulkifli berkata sebarang isu berkaitan hukum agama perlu dirujuk kepada pihak berkuasa bertauliah bagi memastikan panduan yang diberikan adalah tepat dan tidak mengelirukan masyarakat. - Foto Bernama
TUMPAT: Institusi perkahwinan dan kekeluargaan perlu dihormati serta dipelihara dengan sebaik mungkin tanpa membuka aib pasangan masing-masing kepada khalayak ramai atau platform media sosial, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan.
Ringkasan AI
Beliau berkata sebarang isu berkaitan hukum agama perlu dirujuk kepada pihak berkuasa bertauliah bagi memastikan panduan yang diberikan adalah tepat dan tidak mengelirukan masyarakat.
"Apabila melibatkan hukum hakam, saya nasihatkan untuk rujuk kepada pihak berkuasa kerana sekiranya terdapat persoalan yang ingin diketahui, kita perlu mendapatkan pandangan yang paling tepat supaya dapat merungkai permasalahan dihadapi.
"Anggaplah institusi keluarga itu sebagai satu institusi murni yang perlu kita pertahankan. Sebarang pertelingkahan rumah tangga sebaiknya diselesaikan secara dalaman dan tidak dikongsi secara terbuka atau melalui media sosial demi menjaga maruah dan keharmonian rumah tangga," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Himpunan Silang Budaya Panglima Gayong bersama Pendekar Kelantan-Kedah di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor (1) di sini hari ini.
Zulkifli berkata kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif dalam memperkukuh institusi kekeluargaan Islam, termasuk pelaksanaan kursus praperkahwinan dan pascaperkahwinan.
"Walaupun kursus pascaperkahwinan bersifat sukarela, kita dapati banyak permohonan dan sambutannya sangat baik kerana modul serta sukatan pelajaran yang disediakan mengambil kira pandangan pakar dalam pelbagai bidang.
"Apa yang perlu kita lakukan sekarang bukan hanya menguatkuasakan undang-undang untuk menyelesaikan isu keluarga tetapi memberi ilmu pengetahuan dan bimbingan kepada masyarakat agar mereka dapat menguruskan keluarga dengan baik," katanya.
Mengulas mengenai pembelian lembu seludup untuk dijadikan haiwan korban sempena Aidiladha, Zulkifli menasihati individu yang ingin menunaikan ibadah korban supaya sebaik-baiknya mengikut lunas undang-undang serta menghormati semua pihak agar pengorbanan itu diterima Allah.
Sebelum ini media melaporkan Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri menyeru agar umat Islam di negeri ini untuk mengelak daripada membeli lembu seludup untuk ibadah korban kerana kebanyakan lembu itu tidak menjalani pemeriksaan kesihatan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar sekali gus melanggar peraturan yang menyebabkan pelaksanaan ibadah korban tidak mencapai kesempurnaan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Menjaga Maruah Institusi Kekeluargaan: Zulkifli menegaskan bahawa pertelingkahan rumah tangga perlu diselesaikan secara dalaman, tanpa membuka aib pasangan di media sosial atau khalayak ramai.
- Inisiatif Memperkukuh Institusi Keluarga: Kerajaan telah melaksanakan kursus praperkahwinan dan pascaperkahwinan, dengan sambutan baik kerana modul yang disediakan mengambil kira pandangan pakar dalam pelbagai bidang.
- Nasihat Mengenai Ibadah Korban: Zulkifli menasihati umat Islam agar tidak membeli lembu seludup untuk ibadah korban, kerana haiwan tersebut tidak menjalani pemeriksaan kesihatan dan boleh menjejaskan kesempurnaan ibadah.