awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hormati Ramadan, jangan jual makanan sebelum 3 petang - Ahmad Bashah

Astro Awani
Astro Awani
03/06/2016
09:07 MYT
Hormati Ramadan, jangan jual makanan sebelum 3 petang - Ahmad Bashah
AHMAD BASHAH: Jabatan Agama Islam akan turut memantau dan ambil tindakan.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengingatkan peniaga kedai makanan dan restoran di negeri ini agar tidak menjual makanan sebelum jam 3 petang sepanjang bulan Ramadan ini.
Jelas beliau, senario ‘ponteng puasa’ lazim berlaku walaupun pada permulaan bulan umat Islam berpuasa, maka tindakan tegas perlu diambil bagi menjaga kesucian serta menghormati Ramadan.
“Kita pun kadang-kadang serah pada Jabatan Agama Islam untuk memantau dan ambil tindakan sekiranya mereka terlibat menjual kuih (dan makanan lain),” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau meminta anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) menahan dan mengkompaun pembeli serta peniaga yang didapati ingkar dengan arahan tersebut.
Tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 26 (1) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM500 atau penjara tidak lebih tiga bulan.
Dalam hal ini, kerajaan tidak berkompromi kerana ia melibatkan rukun Islam ketiga yang patut imat Islam laksanakan dengan penuh keimanan dan ketakwaan.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Gotong-Royong Muafakat Kedah di Kampung Teluk Junus, Mukim Padang Hang, Alor Setar.
Sementara itu, Ahmad Bashah meminta agar lebih banyak penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) diletakkan di bazar-bazar sempena bulan Ramadan ini.
Ia bagi memantau peniaga yang gemar mengambil kesempatan dengan menaikkan harga kuih-muih dan makanan setiap kali menjelang ramadan.
Topic Berkaitan
#Ahmad Bashah Md Hanipah
#berita Kedah
#bulan puasa
#bulan Ramadan
#hormati Ramadan
#jual makanan
#Menteri Besar Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan