MALAYSIA
Hormati usaha diplomatik dilakukan PM Anwar - Teo
Anwar mengumumkan bahawa Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta bagi meredakan ketegangan di sepanjang sempadan yang dipertikai hasil mesyuarat khas dipengerusikan beliau di Putrajaya. - Gambar fail/Bernama
PETALING JAYA: Inisiatif diplomatik yang dimainkan oleh Malaysia dalam usaha menangani konflik Kemboja dan Thailand harus dihormati semua pihak tanpa mengira perbezaan fahaman politik, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Beliau berkata usaha Malaysia sehingga membawa kepada gencatan senjata antara kedua-dua negara tidak seharusnya dijadikan bahan ejekan atau dipersenda oleh mana-mana pihak termasuk pemimpin politik.
"Saya rasa walaupun ada perbezaan politik, tidak ada pemimpin yang wajar mempersendakan perkara ini kerana walaupun saya faham dalam politik, kalau datang daripada pembangkang, memanglah banyak kritikan terhadap kerajaan dan pemimpin daripada kerajaan.
"Tetapi jangan persendakan perkara ini, perkara yang serius ini berlaku di negara ASEAN, ada nyawa yang terkorban, jangan persendakan dan jangan memperlekehkan pemimpin-pemimpin negara lain juga," katanya kepada pemberita selepas berucap pada Persidangan Pertukaran Kerjasama Teknologi dan Perdagangan Malaysia-China 2025 di sini hari ini.
Teo berkata peranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memudah cara perjanjian gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand wajar dibanggakan rakyat Malaysia.
Beliau berkata Perdana Menteri menggunakan sepenuhnya peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 untuk menganjurkan pertemuan penting itu yang membawa kepada gencatan senjata antara Bangkok dan Phnom Penh.
"Saya rasa sebagai warganegara Malaysia, kita harus rasa bangga dengan apa yang Perdana Mengeri telah capai sebagai seorang pemimpin negara serta Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN.
"Saya rasa beliau benar-benar telah melakukannya dengan sangat baik, bukan sahaja untuk Thailand dan Kemboja tetapi juga untuk seluruh ASEAN," katanya.
Semalam, Anwar mengumumkan bahawa Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat bagi meredakan ketegangan di sepanjang sempadan yang dipertikai hasil mesyuarat khas dipengerusikan beliau di Putrajaya.
Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai menghadiri mesyuarat berkenaan.
-- BERNAMA