AMPANG: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memutuskan untuk menukarkan status Hospital Ampang kepada Hospital Full COVID-19 berkuat kuasa pada Rabu.
Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha'ari Ngadiman berkata, penukaran status berkenaan adalah berikutan peningkatan kes COVID-19 yang tinggi terutama melibatkan pesakit kategori tiga dan ke atas secara berterusan di Zon Wilayah Tengah.
Beliau berkata, situasi yang berlaku ini menyebabkan purata penggunaan katil di hospital-hospital Zon Wilayah Tengah adalah melebihi kadar maksimum.
"Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Bersepadu MAEPS 2.0 juga menghadapi kesukaran untuk merujuk pesakit yang memerlukan rawatan lanjut di hospital," katanya menerusi satu surat pemakluman penukaran status berkenaan yang dikeluarkan pada Rabu.
Sebelum ini, Hospital Ampang diletakkan di bawah status Hospital Hybrid COVID-19 bagi membantu JKNS menangani penularan COVID-19.
Dalam pada itu, Sha'ari berkata, buat masa ini terdapat dua hospital yang beroperasi sebagai Hospital Full COVID-19 di Selangor iaitu Hospital Sungai Buloh dan Hospital Ampang.
Katanya, berikutan itu, semua rujukan pesakit Non COVID-19 dari fasiliti lain ke Hospital Ampang juga perlu dihentikan buat sementara waktu mulai Rabu bagi memberi ruang kepada hospital ini menerima pesakit COVID-19.
"JKNS juga memohon kerjasama pihak Hospital Ampang untuk menerima rujukan pesakit Non COVID-19 sedia ada daripada hospital berkenaan agar rawatan mereka dapat diteruskan," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: Hospital Ampang bertukar status Hospital Full COVID-19
Sinar Harian
Thu Jun 24 2021

Hospital Ampang menjadi Hospital Full COVID-19 berkuat kuasa Rabu. -Gambar fail

Malaysia terjemah kekuatan pusat data kepada manfaat ekonomi mampan
Kemunculan Malaysia sebagai peneraju utama pusat data serantau pada masa ini semakin ketara.

Hampir 300 penumpang diselamatkan selepas kabel voltan tinggi jatuh atas tren di Australia
Pihak berkuasa tempatan dan pasukan penyelamat telah berusaha membawa keluar penumpang dengan selamat dari tren.

RM4.7 juta kos baiki 14 masjid, 37 surau kritikal di Johor
Sebanyak 14 masjid dan 37 surau di Johor dikenal pasti dalam keadaan kritikal serta perlu dibaiki dengan anggaran kos keseluruhan RM4.7 juta.

'Kita tidak boleh biarkan penduduk Gaza kebuluran' - PM UK
UK menolak sebarang penempatan haram di Tebing Barat dan menekankan tuntutan agar bantuan kemanusiaan ke Gaza ditingkatkan secara besar-besaran.

Tebing runtuh: Laluan Gua Musang-Kuala Krai sesak dua kilometer
Tebing runtuh yang berlaku pada 7.30 malam tadi turut menyebabkan aliran trafik terhenti sepenuhnya.

Azalina cadang pertimbang umur persaraan dinaikkan kepada 65 tahun
Azalina Othman Said mencadangkan kerajaan mempertimbangkan untuk menaikkan umur persaraan wajib daripada 60 tahun kepada 65 tahun.

Tengku Maimun belum terima tawaran lanjut perkhidmatan
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengesahkan bahawa beliau belum menerima sebarang tawaran untuk menyambung perkhidmatannya.

Pandu Puteri perkasakan peranan wanita muda dalam kepimpinan, keluarga
Persatuan Pandu Puteri Malaysia memperkasakan peranan wanita muda dalam usaha membentuk golongan tersebut menjadi lebih berilmu, berakhlak mulia serta berjiwa kental.

Berjaya harungi musim mencabar, Saravanan intai destinasi baharu
T. Saravanan mengakui musim 2024/2025 memberi pengajaran berguna dalam kariernya, apabila berjaya memanfaatkan peluang yang terhad untuk membuktikan kemampuan bersama skuad Tok Gajah.
AWANI Ringkas: Honda Jepun kurangkan EV, tumpu kepada hibrid
AWANI Ringkas: Ugut rakan sebar video bogel, dua remaja ditahan

Pindaan Akta 50, rapatkan jurang Program Parallel Pathway dan Sarjana Tempatan
Cadangan pindaan Akta Perubatan 1971 (Akta 50) bertujuan menangani jurang antara Program Parallel Pathway (PPP) dan Program Sarjana Perubatan tempatan.

Polis kesan waris mangsa kemalangan di Kuala Ampang
Mangsa yang dianggarkan berusia lingkungan 40-an, tidak mempunyai pengenalan diri semasa kemalangan.

Isteri Eddie Wings meninggal dunia
Isterikepada pemain gitar kumpulan Wings, Eddie iaitu Norlela Mohd Yusof, 61, meninggal dunia kira-kira jam 2.10 petang, pada Jumaat.

Panggilan tidak berjawab rungkai kematian rakan
Pemeriksaan awal terhadap tubuh badan mangsa bagaimanapun mendapati tiada sebarang unsur jenayah.

Mayat wanita warga asing ditemui berhampiran jejantas
Polis menemui mayat wanita warga asing berhampiran jejantas menghala ke Melawati Mall pada Ahad.

Jari kanak-kanak empat tahun tersepit tombol pintu
Jari kanak-kanak berkenaan berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas.

Didesak bayar ganti rugi, lelaki tetak bekas bapa mentua
Seorang lelaki tergamak menetak bekas bapa mentuanya menggunakan sebilah parang di sebuah kedai makan di Pandan Jaya Kuala Lumpur semalam selepas didesak supaya membayar ganti rugi.

Kes menurun: Hospital Selayang, Serdang dijangka tidak lagi jadi hospital COVID-19
Hospital Selayang dan Hospital Serdang dijangka tidak lagi menjadi hospital COVID-19 pada akhir bulan hadapan susulan trend penurunan jangkitan wabak tersebut di Selangor.

Hospital Ampang bertukar status Hospital Full COVID-19
Penukaran status berkenaan adalah berikutan peningkatan kes COVID-19 yang tinggi terutama melibatkan pesakit kategori tiga dan ke atas secara berterusan di Zon Wilayah Tengah.

Akibat perang mulut, lelaki dibunuh rakan sebilik di Ampang
Perang mulut dipercayai bertukar ganas dan mangsa dijumpai rebah di ruang tangga di tingkat atas rumah sewa mereka.