awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hospital medan ATM HSA ditutup

Bernama
Bernama
20/12/2021
04:36 MYT
Hospital medan ATM HSA ditutup
Vidyananthan berkata sepanjang tempoh operasi, Hospital Medan berkenaan telah merawat 1,592 pesakit COVID-19 kategori satu hingga empat. - Foto Facebbok/R. Vidyananthan
JOHOR BAHRU: Selepas enam bulan beroperasi, Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini ditutup Khamis lepas berikutan kes COVID-19 di bandar raya ini mula menunjukkan penurunan.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R. Vidyananthan berkata sepanjang tempoh operasi, Hospital Medan berkenaan telah merawat 1,592 pesakit COVID-19 kategori satu hingga empat dari seluruh negeri.
Beliau berkata Hospital Medan tersebut diaktifkan menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor, dengan kerjasama ATM pada 6 Jun lepas dan mula menerima pesakit COVID-19 pada 21 Jun.
"Kerjasama yang baik telah dipamerkan oleh pelbagai agensi dalam penubuhan dan pengoperasian Hospital Medan ini. Kerajaan negeri menyampaikan penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua barisan hadapan dan agensi terlibat.
"Ucapan penghargaan juga kepada pihak yang telah memberi sumbangan kepada Hospital Medan ini sepanjang tempoh pengoperasiannya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata sebanyak 70 anggota ATM bersama 74 petugas kesihatan HSA telah bersama-sama menggembleng tenaga dalam merawat pesakit COVID-19 di Hospital Medan itu.
Vidyananthan berkata pada mulanya Hospital Medan yang terletak di perkarangan HSA itu hanya mempunyai kapasiti sebanyak 60 katil wad dan empat katil unit rawatan rapi (ICU).
Namun, katanya pada sekitar Ogos hingga Oktober lepas, sebanyak 16 katil telah ditambah bagi menampung bilangan kemasukan pesakit yang tinggi ketika itu.
Johor mencatatkan 297 kes baharu semalam, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 di negeri ini berjumlah 240,286 dan merekodkan 3,822 kematian.
-- BERMAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Hospital
#ATM
#Hospital Sultanah Aminah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan