awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SUKAN
PSM setuju tukar nama kepada Persekutuan Sepak Takraw Malaysia
MALAYSIA
KKM pertimbang hasrat Johor majukan tanah untuk bangunkan Rumah Mampu Milik
MALAYSIA
Peluasan SST tidak beri kesan besar kepada ibu bapa hantar anak ke institusi swasta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Hospital Pasir Gudang beroperasi secara berfasa mulai 1 Ogos

Bernama
Bernama
29/06/2025
08:00 MYT
Sponsor Banner
Hospital Pasir Gudang beroperasi secara berfasa mulai 1 Ogos
Hospital Pasir Gudang (HPG) akan mula beroperasi secara berfasa mulai 1 Ogos 2025, dengan 30% perkhidmatan utama seperti A&E, Obstetrik dan Ginekologi, serta Pediatrik. -Foto Facebook Rizal_hakimm
JOHOR BAHRU: Hospital Pasir Gudang (HPG) yang diserahkan secara rasmi kepada Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini, akan beroperasi secara berfasa mulai 1 Ogos ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Ringkasan AI
  • Hospital Pasir Gudang (HPG) akan mula beroperasi secara berfasa mulai 1 Ogos 2025, dengan 30% perkhidmatan utama seperti A&E, Obstetrik dan Ginekologi, serta Pediatrik.
  • HPG mempunyai kapasiti lebih 300 katil dan dijangka beroperasi penuh dengan 1,845 petugas menjelang Julai 2026, membantu mengurangkan tekanan di Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Sultan Ismail.
  • HPG direkodkan sebagai projek kerajaan berprestasi cemerlang dan menjadi contoh perancangan rapi, serta dijangka mengurangkan kadar penggunaan katil dan masa menunggu pembedahan elektif di Johor.

Beliau berkata, fasa awal operasi akan melibatkan 30 peratus perkhidmatan mustahak seperti Jabatan Kemalangan dan Kecemasan (A&E), Obstetrik dan Ginekologi, serta Jabatan Pediatrik.
"Setakat ini, 274 perjawatan sudah diisi dan kita mengharapkan hospital ini dapat beroperasi secara penuh melibatkan 1,845 petugas pada Julai 2026," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Projek Siap HPG di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Kerja Raya Datuk Roslan Ismail.
Dzulkefly berkata dengan kapasiti melebihi 300 katil, HPG bakal mengurangkan tekanan yang selama ini ditanggung oleh dua hospital utama di Johor Bahru, iaitu Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI), terutamanya dalam pengurusan kes kecemasan dan pesakit stabil.
Beliau berkata hal ini selaras dengan kedudukan Johor yang dijangka mencatat jumlah penduduk sebanyak 3.90 juta menjelang 2025 berbanding 3.35 juta pada 2010, dengan kadar pertumbuhan dua peratus setahun, khususnya di Johor Bahru.
Terdahulu dalam ucapan, Dzulkefly berkata HPG ialah hospital pertama yang menyediakan kira-kira 20 on call suite untuk doktor pakar, dalam usaha menjaga kebajikan dan memberikan keselesaan kepada petugas.
Beliau berkata sepanjang tempoh pembinaan, HPG direkodkan sebagai antara projek kerajaan yang berprestasi cemerlang, bebas daripada senarai projek Lewat Jadual dan Sakit, malah sentiasa mendahului jadual asal meskipun berdepan cabaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.
"HPG juga dijadikan contoh terbaik perancangan rapi dan pelaksanaan bersepadu yang berjaya menterjemahkan harapan rakyat," katanya.
Dzulkefly berkata dengan adanya HPG, bilangan hospital pakar di Johor bertambah kepada lapan dan dijangka dapat mengurangkan kadar penggunaan katil (BOR) di HSA sebanyak lima hingga 10 peratus dalam tempoh dua tahun dengan memindahkan pesakit stabil ke HPG.
"Dengan operasi penuh HPG, masa menunggu bagi Perkhidmatan Pembedahan Elektif di HSA dijangka dapat dikurangkan sebanyak 30 peratus dalam tempoh dua tahun pertama," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hospital Pasir Gudang
#Dzulkefly Ahmad
#1 Ogos 2025
#Kementerian Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami